Mohd Yusoff*, Nurahimah and Osman, Rafisah
(2010)
Hubungan Kualiti Penyeliaan Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Bilik Darjah Dengan Efikasi Guru
(The Relationship Between Quality Teaching And
Learning Supervision With Teachers’ Efficacy).
The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 25 (1).
pp. 1-19.
ISSN 2289-9057
Abstract
Artikel ini membincangkan hubungan kualiti penyeliaan pengajaran dan
pembelajaran dengan efikasi guru. Dalam konteks kajian ini, elemen kualiti penyeliaan
pengajaran dan pembelajaran didukung oleh tiga faktor iaitu, faktor pengetahuan,
kemahiran interpersonal, dan kemahiran teknikal. Kajian-kajian lampau membuktikan
bahawa ketiga-tiga faktor ini memainkan peranan penting dalam menentukan
keberkesanan penyeliaan pengajaran yang dijalankan dalam usaha membantu
meningkatkan tahap efikasi guru. Oleh itu, satu kajian kolerasi secara telah dijalankan
bagi mengenal pasti hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah ini. Kajian yang
dijalankan terhadap 856 orang guru sekolah menengah menunjukkan terdapat hubungan
yang signifikan di antara kualiti penyeliaan pengajaran dengan efikasi guru. Selain itu,
didapati bentuk penyeliaan berupaya mempengaruhi hubungan di antara kedua-dua
pemboleh ubah ini. Kesimpulannya, penyeliaan yang berkualiti akan berupaya
meningkatkan efikasi guru dan begitu juga sebaliknya.
Actions (login required)
|
View Item |