Pendidikan Teknik Dan Vokasional Untuk Pelajar Berkeperluan Khas (Vocational Dan Technical Education For Special Needs Students)

Mohd Tahir, Lokman and Mustafa, Nurul Qistin and Mohd Yassin, Mohd Hanafi (2009) Pendidikan Teknik Dan Vokasional Untuk Pelajar Berkeperluan Khas (Vocational Dan Technical Education For Special Needs Students). The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 24 (1). pp. 1-15. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (79kB) | Preview

Abstract

Kajian yang menganalisis pengajaran dan pembelajaran untuk golongan berkeperluan khas dalam bidang teknik dan vokasional yang masih kurang diteliti dalam bidang pendidikan khas. Secara khusus, kajian ini cuba meneliti faktor-faktor yang dijangka dapat mempengaruhi sistem pendidikan teknik dan vokasional untuk pelajar berkeperluan khas di politeknik. Untuk itu, empat dimensi utama telah dijadikan asas kepada kajian ini iaitu penerimaan politeknik terhadap pelajar berkeperluan khas, kemahiran tenaga pengajar dalam menyampaikan pengajaran kepada golongan berkeperluan khas, kesesuaian silibus dan sistem prasarana dalam inisiatif untuk meningkatkan keberkesanan program pendidikan khas teknik dan vokasional. Responden kajian ini terdiri daripada golongan pensyarah politeknik yang mengajar pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar khas cacat pendengaran di tiga buah politeknik yang melaksanakan program untuk pelajar berkeperluan khas. Secara keseluruhannya, penerimaan pihak pentadbiran dan pensyarah politeknik terhadap pelajar berkeperluan khas adalah memberangsangkan manakala kemampuan dan ilmu yang dimiliki oleh pensyarah untuk mengajar golongan ini adalah pada tahap yang tinggi. Di samping itu, silibus untuk pelajar khas juga dinilai pada tahap yang tinggi manakala, prasarana atau kemudahan yang disediakan di politeknik juga pada tahap yang memuaskan dan kini sedang dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan golongan pelajar pendidikan khas.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
Date Deposited: 23 May 2017 08:24
Last Modified: 23 May 2017 08:24
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34528

Actions (login required)

View Item View Item
Share