Pembinaan Dan Pengesahan Ujian Membaca Perkataan Dan Ujian Mengeja Untuk Tujuan Mengenal Pasti Disleksia: Satu Kajian Rintis (Development And Validation Of Word Recognition And Spelling Test For The Purpose Of Dyslexia Assessment: A Pilot Study)

Lee , Lay Wah and Mohd Ali, Manisah and Salleh, Norani (2008) Pembinaan Dan Pengesahan Ujian Membaca Perkataan Dan Ujian Mengeja Untuk Tujuan Mengenal Pasti Disleksia: Satu Kajian Rintis (Development And Validation Of Word Recognition And Spelling Test For The Purpose Of Dyslexia Assessment: A Pilot Study). The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 23 (1). pp. 1-12. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (111kB) | Preview

Abstract

Masalah paling utama yang dihadapi oleh seseorang murid disleksia adalah dalam menguasai kemahiran membaca dan mengeja. Tujuan kajian rintis ini adalah untuk membina dan menentukan ciri-ciri psikometri kebolehpercayaan dan kesahan ujian membaca perkataan dan ujian mengeja. Kedua-dua ujian tersebut akan digunakan untuk mengenal pasti masalah disleksia. Metodologi kajian melibatkan proses pembinaan ujian, proses pemurninan item ujian serta proses penyiasatan kebolehpercayaan serta kesahan ujian. Sampel kajian terdiri daripada 46 orang murid tahun satu. Hasil kajian menunjukkan bahawa pekali kebolehpercayaan untuk kedua-dua ujian adalah tinggi, iaitu 0.980 untuk ujian membaca perkataan tunggal dan 0.968 untuk ujian mengeja perkataan tunggal. Bukti kesahan isi kandungan telah didapati daripada penyemakan oleh panel pakar. Bukti kesahan serentak telah diperoleh dengan korelasi yang tinggi antara keduadua ujian dengan ujian Bahasa Malaysia (BM) sekolah yang telah digunakan sebagai kriteria. Implikasi hasil kajian ini adalah kedua-dua ujian boleh digunakan untuk mengenal pasti masalah membaca murid-murid disleksia sebab kedua-dua ujian ini memenuhi kriteria ciri psikometri kebolehpercayaan dan kesahan

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
Date Deposited: 23 May 2017 08:00
Last Modified: 23 May 2017 08:00
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34510

Actions (login required)

View Item View Item
Share