Kesan Penggunaan Peta Konsep Bersama Koswer Pengajaran Sains Tingkatan 1 (Kementerian Pendidikan Malaysia) Dalam Meningkatkan Pengetahuan Dan Kesedaran Alam Sekitar (The Effect Of Using Concept Map With Teaching Courseware Of Form 1 Sciences [Ministry Of Education, Malaysia] In Increasing The Environmental Knowledge And Awareness)

Kaliaperumal , Renuka and Syed Idros, Sharifah Norhaidah (2008) Kesan Penggunaan Peta Konsep Bersama Koswer Pengajaran Sains Tingkatan 1 (Kementerian Pendidikan Malaysia) Dalam Meningkatkan Pengetahuan Dan Kesedaran Alam Sekitar (The Effect Of Using Concept Map With Teaching Courseware Of Form 1 Sciences [Ministry Of Education, Malaysia] In Increasing The Environmental Knowledge And Awareness). The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 23 (1). pp. 1-12. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (69kB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan peta konsep bersama Koswer Pengajaran Sains Tingkatan 1 (Kementerian Pendidikan Malaysia) dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran alam sekitar. Kajian ini memfokuskan subjek Sains tingkatan 1 iaitu Bab 5: ''Air Pollution – The Effects, Preventing and Controlling'' yang menyentuh khusus nilai-nilai alam sekitar. Sampel pelajar terdiri daripada 70 orang pelajar tingkatan satu dari dua buah sekolah menengah. Ujian pra dan pasca telah dijalankan bagi kedua-dua kumpulan untuk menentukan tahap pengetahuan dan kesedaran alam sekitar. Kajian quasi-eksperimen ini memerihalkan perbandingan penggunaan peta konsep bersama koswer berbanding dengan koswer sahaja. Pelajar daripada kumpulan eksperimen melalui tiga fasa pembentukan peta konsep (individu, kumpulan dan bersama guru) setelah belajar menggunakan koswer. Manakala pelajar daripada kumpulan kawalan hanya belajar menggunakan koswer sahaja. Data-data yang diperolehi melalui ujian pra dan pasca telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferens menerusi independent samples t-test dan ujian korelasi Pearson. Peningkatan skor daripada ujian pra dan pasca menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen bagi pengetahuan dan kesedaran alam sekitar. Kumpulan eksperimen memperlihatkan peningkatan yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan. Manakala pelajarpelajar dengan pencapaian rendah memperlihatkan peningkatan dalam pengetahuan alam sekitar yang lebih signifikan daripada pelajar-pelajar dengan pencapaian tinggi. Analisis korelasi pula menunjukkan wujudnya perhubungan positif yang signifikan antara pengetahuan dan kesedaran alam sekitar. Keputusan kajian ini mencadangkan bahawa peta konsep bersama koswer merupakan gabungan strategi kognitif terbaik yang boleh digunakan di dalam bilik darjah bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran alam sekitar para pelajar.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
Date Deposited: 19 May 2017 08:28
Last Modified: 19 May 2017 08:28
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34392

Actions (login required)

View Item View Item
Share