Nik Yaacob, Nik Rosila
(2007)
Penguasaan Jawi Dan Hubungannya Dengan Minat
Dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam.
The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 22 (1).
pp. 1-12.
ISSN 2289-9057
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara penguasaan Jawi dengan
pencapaian dan minat pelajar dalam Pendidikan Islam. Subjek kajian seramai 400 orang
pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 daripada dua buah sekolah menengah di Shah Alam
dan Kuala Lumpur. Kaedah penyelidikan ''survey'' digunakan untuk mengumpul data.
Alat kajian yang digunakan ialah: (i) Ujian penguasaan Jawi yang menguji kemahiran
menulis dan mengeja Jawi, ujian menjawab soalan aneka pilihan, ujian kemahiran
menulis soalan esei dan ujian menulis ayat al-Quran, (ii) Soal selidik, iaitu tentang latar
belakang pelajar, minat pelajar terhadap Pendidikan Islam, pencapaian pelajar dalam
peperiksaan Pendidikan Islam, cara pelajar belajar Pendidikan Islam dan cara guru
mengajar Pendidikan Islam. Dapatan kajian mendapati bahawa: (i) Penguasaan pelajar
dalam Jawi adalah lemah terutama dalam aspek-aspek yang diuji. (ii) Terdapat hubungan
yang signifikan antara penguasaan Jawi dan pencapaian pelajar dalam Pendidikan Islam.
Dapatan juga dapat menunjukkan sama ada pelajar itu berada dalam kategori lemah,
sederhana atau baik dalam penguasaan Jawi, minat mereka terhadap Pendidikan Islam
adalah rendah.
Actions (login required)
|
View Item |