Nalliah , Mildred and Osman, Shuki
(2007)
Kelemahan Lazim Dalam Persembahan Kerangka
Teoretis-Konsepsi Dalam Tesis Sarjana
Dan Kedoktoran.
The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 22 (1).
pp. 1-6.
ISSN 2289-9057
Abstract
Kajian ilmiah adalah berpandukan teori. Oleh yang demikian, sebuah kajian
perlu disokong dengan kerangka teori yang daripadanya kerangka konsep bagi kajian
tersebut diterbitkan. Namun begitu, menerusi pemeriksaan terhadap cadangan-cadangan
kajian oleh pelajar-pelajar sarjana, penulis artikel ini mendapati bahawa kerap kali modelmodel teoretikal yang dipersembahkan tidak bersepadu sepenuhnya dengan kerangka
teori bagi menjelaskan fenomena yang dikaji, dari segi saling kaitan antara pemboleh
ubah yang terlibat. Dalam penulisan ini, penulis membincangkan empat kelemahan yang
sering ditemui dalam cadangan kajian dalam kalangan pelajar sarjana: (1) memahami
peranan dan fungsi teori; (2) menghasilkan pautan antara kerangka teori dengan kerangka
konsep; (3) menimbulkan perkaitan logikal antara soalan-soalan kajian dengan kerangka
teoretikal-konsepsual dan (4) menjelaskan hubung kait antara kerangka teoretikalkonsepsual dengan prosedur kaedah kajian. Penulis merumuskan bahawa kerangka
teoretikal-konsepsual yang baik akan membolehkan pengkaji mempersembahkan dapatan
kajiannya dengan yakin dan menjelaskan dengan ringkas dan padat jawapan kepada
soalan kenapa, apa dan bagaimana tentang kajian yang dijalankan.
Actions (login required)
|
View Item |