See , Ching Mey and Lee , Siew Siew
(2005)
Kemurungan Di Kalangan Pelajar: Satu Kajian Kes.
The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 20 (1).
pp. 1-17.
ISSN 2289-9057
Abstract
Kajian ini cuba mengenal pasti kelaziman kemurungan di kalangan pelajarpelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan Cina. Kajian ini
menyelidik sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min kemurungan
antara remaja lelaki dengan remaja perempuan. Kajian ini juga menguji perhubungan
antara kemurungan dengan pencapaian akademik. Inventori Kemurungan Beck yang
berbentuk laporan kendiri digunakan untuk mengumpulkan data dan inventori ini
diedarkan secara rawak kepada 182 pelajar Tingkatan Tiga. Analisis statistik yang
digunakan adalah jadual silang, ujian-t, korelasi Pearson dan ANOVA Satu Hala.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa 43.41% daripada sampel mengalami kemurungan
klinikal (skor melebihi 17). Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan dalam skor min antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.
Sebaliknya, kemurungan remaja berhubungan dengan tahap pencapaian akademik yang
lemah.
Actions (login required)
|
View Item |