Ismail, Zurida and Samsudin, Mohd Ali and Mohd Zain, Ahmad Nurulazam
(2005)
Kesan Pengajaran Kontekstual Ke Atas Pencapaian
Pelajar Dalam Fizik.
The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 20 (1).
pp. 1-10.
ISSN 2289-9057
Abstract
Pendekatan kontekstual disarankan sesuai bagi mengurangkan kesukaran
memahami konsep-konsep fizik yang secara tradisinya diajar terpisah daripada aplikasi.
Pendekatan ini dikatakan membolehkan konsep-konsep fizik diperkenalkan dalam
konteks kehidupan sebenar. Dengan cara ini, diharapkan pelajar-pelajar dapat
meningkatkan prestasi, minat serta motivasi dalam mata pelajaran Fizik. Artikel ini
membentangkan dapatan kajian yang bertujuan untuk mengkaji kesan pendekatan
pengajaran kontekstual dalam meningkatkan kefahaman konsep-konsep fizik dalam
kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Kajian melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan
Empat yang mengambil mata pelajaran Fizik. Perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki
dengan perempuan ditentukan berdasarkan prestasi mereka dalam ujian konsep fizik yang
diberi selepas pengajaran yang menggunakan pendekatan kontekstual.
Actions (login required)
|
View Item |