Mohd. Saat, Rohaida and Abu Bakar, Kamariah
(2005)
Technology-Based Science Classroom:
What Factors Facilitate Learning?
The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 20 (1).
pp. 1-19.
ISSN 2289-9057
Abstract
Mempelajari sains rendah termasuklah memperoleh kemahiran proses sains.
Kajian ini meneroka penggunaan bahan pengajaran berasaskan web yang dibangunkan
untuk mengajar kemahiran proses sains, khasnya kemahiran mengawal pemboleh ubah.
Kajian kes kualitatif ini cuba mencari faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran
dalam persekitaran berasaskan web. Analisis data lisan dan bukan lisan mendedahkan
bahawa terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perolehan kemahiran proses sains.
Empat faktor timbul daripada kajian ini: (1) bahan pengajaran berasaskan web,
(2) susunan fizikal, (3) peranan guru, dan (4) kesediaan pelajar. Artikel ini
membincangkan dapatan-dapatan ini dan implikasinya kepada pengajaran dan
pembelajaran sains rendah dalam persekitaran pembelajaran berasaskan web.
Actions (login required)
|
View Item |