Keperluan maklumat pelajar diploma kejuruteraan politeknik Kuching, Sarawak: Satu tinjauan

Ilyas, Adlin Yusnita and Milan, Sabrina and Majalis, Lenny Kolina and Sani, Kiprawi and Wan Dollah, Wan Ab Kadir (2015) Keperluan maklumat pelajar diploma kejuruteraan politeknik Kuching, Sarawak: Satu tinjauan. Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians, 9. pp. 23-36. ISSN 1823-6308

[img]
Preview
PDF
Download (183kB) | Preview

Abstract

Keperluan maklumat bagi setiap individu berbeza antara satu sama lain. Sebagai seorang pelajar, maklumat yang diperlukan boleh dianggap bersifat lebih akademik yang dapat membantu mereka menyelesaikan pelbagai persoalan. Artikel ini membincangkan secara ringkas berkaitan penemuan terhadap keperluan maklumat pelajar diploma kejuruteraan di Politeknik Kuching Sarawak (PKS). Antara objektif tinjauan ini ialah bagi mengenalpasti keperluan maklumat, faktor yang mempengaruhi keperluan maklumat dan mengenalpasti sumber maklumat bagi memenuhi keperluan maklumat para pelajar yang mengikuti program kejuruteraan. Persampelan yang dipilih meliputi semua pelajar-pelajar semester lima dan enam yang melibatkan seramai 430 orang pelajar berbanding jumlah keseluruhan pelajar PKS semasa seramai 2,738 orang. Antara penemuan yang telah diperolehi ialah peranan Bahasa Melayu yang menjadi medium utama sama ada dari aspek komunikasi dan pemilihan bahan pembacaan. Selain itu, penggunaan internet di kalangan pelajar yang mana mereka sudah mempunyai pengetahuan tentang internet sejak alam persekolahan lagi. Tinjauan ini juga mendapati majoriti responden mengakses media-media sosial sebagai pilihan utama berbanding dengan akses-akses yang lain bersifat akademik. Rumusan tinjauan juga mendapati pengaruh bahasa memainkan peranan dalam aspek komunikasi dan pemilihan bahan bacaan.

Item Type: Article
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources
Divisions: Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) | Librarians Association of Malaysia > Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians
Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
Date Deposited: 16 May 2017 01:55
Last Modified: 16 May 2017 01:55
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/34146

Actions (login required)

View Item View Item
Share