Abd Razak, Dzulkifli
(2003)
Out of the Box.
Perutusan 2003.
Abstract
Pada tahun 2002, Universiti ini dengan sedar dan terencana telah mengarahkan usahanya kepada aktiviti
pengantarabangsaan melalui beberapa pendekatan. Antaranya termasuklah memperkenalkan Universiti Sains
Malaysia (USM) dengan cara lebih sistematik bukan sahaja dari segi program-program yang ada, khususnya dari
peringkat pengajian siswazah, ataupun hasil-hasil penyelidikan serta output akademiknya, tetapi termasuk juga dari segi
kegiatan pelajar merangkumi aktiviti kebudayaan dan juga sukan.
Umumnya, pencapaian yang menjurus kepada aktiviti pengantarabangsaan, walaupun amat memberangsangkan, ia
akan dikaji dengan teliti supaya kita boleh belajar daripadanya, dan memperbaiki lagi agenda transformasi yang
dimulakan tahun lalu. Ringkasnya usaha pengantarabangsaan akan diteruskan tetapi diberi nilai tambah tertentu. Ini
menjadi teras ucapan pada tahun ini.
Pendekatan ini kita ambil kerana antara celah-celah kejayaan tahun lalu, masih dapat dikesan pelbagai potensi lain
untuk dikembangkan seterusnya apabila diambil kira pencapaian pada peringkat kebangsaan yang telah ditempa dalam
masa yang sama.
Actions (login required)
|
View Item |