Ahmat, Sharom
(1980)
The Professional Development of Academic Staff with Particular Reference to the Teaching-Learning Process.
The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 2 (1).
pp. 1-8.
ISSN 2289-9057
Abstract
Rencana ini mengemukakan satu perbincangan umum yang mencuba menyorot kepentingan
perkembangan profesyenal kakitangan akademik. dan mengemukakan alasan-alasantentang perlunya universiti-universiti mengadakan satu polisi yang jelas tentang aspek pendidikan universiti ini.
Untuk tujuan kertas ini, istilah "perkembangan profesvenal" diberi definasi sebagai polisi-polisi
institusi, amalan-amalan dan program-program yang bermatalamatkan kepada pengetahuan, sikapsikap dan kemahiran kakitangan akademik, supava dapat membantu mereka untuk mencapai
tahap yang lebih luas dalam usaha mencapai kemahuan-kemahuan mereka, pelajar-pelajar mereka,
institusi dan masyarakat umum. Definasi ini terbentuk berasaskan empat tanggungjawab tradisi
kakitangan akademik, iaitu: pengajaran, penyelidikan, pentadbiran dan perkhidmatan komuniti,
yang seharusnya menjadi landasan rangkakerja perkembangan profesyenal. Lebih spesifik lagi,
ianya melibatkan proses di mana seseorang kakitangan akademik mencapai dan mengekalkan
komitmen terhadap tujuan-tujuan universiti dan memahami kedua-dua, kernahuan institusi dan
pelajar-pelajarnya. Untuk mencapai hal ini, kakitangan akademik perlulah mempunyai ilmu dan disiplin yang diperlukan untuk mengajar dengan cekap, untuk membuat tinjauan da,; kajian demi
kemajuan pengetahuan, untuk memperkembangkan sikap yang diperlukan untuk memberi sumbangan kepada pentadbiran universiti, dan dengan lain-lain cara, yang melibatkan, masyarakat akademik di dalam dan di luar kampus. Seseorang kakitangan akademik diiktiraf sebagaiseorang profesyenal, dan beliau perlulah rnernpunval sikap keprofesyenalan di dalam usaha mendekati perkembangan kerjanya. Pihak institusi pula mestilah bertindakbalas dengan positif dan sensitif untuk
membarrtu kakitangan akademiknya mencapai matlamat ini. Walaupun tugas dan fungsi utama
kakitangan akademik akan terus berputar di sekeliling pengajaran dan penyelidi kan, universiti·
universiti di Malaysia masih berada di tahap perkembangan yang memerlukan pengutamaan yang
lebih terhadap pengajaran dan latihan. Atas dasar inilah dirasakan amat perlu untuk membantu
kakitangan akademik dalam memperbaiki pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar-pelajarnya.
Tujuan·tujuan program seumpama itu diperturunkan di dalam kertas ini. Langkah·langkah untuk
mencapai tujuan-tujuan ini juga dikemukakan.
Actions (login required)
|
View Item |