Educational Development in Malaysia in the Eighties

Paul, Chang (1979) Educational Development in Malaysia in the Eighties. The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 1 (1). pp. 1-7. ISSN 2289-9057

[img]
Preview
PDF
Download (2MB) | Preview

Abstract

Kertas ini mengemukakan ramalan-ramalan tentang perkembangan mengenai enam lapangan pendidikan yang utama di dalam tahun lapan puluhan iaitu infrastruktur pentadbiran, pendidikan guru, kurikulum sekolah, pendidikan tinggi, pendidikan bukan-formal dan pendisiplinan di sekolah. Kertas ini meramalkan: Antara lain tidak mungkin berlaku perubahan-perubahan yang radikal di dalam penyusunan dan struktur sistem pentadbiran. Tetapi akan muncul pertambahan pegawaipegawai yang mendapat latihan berasaskan anika-disiplin; otonomi membuat penentuan-penentuan yang lebih luas di kalangan peqawai-peqawai pentadbir dan guru-guru besar berperanan sebagai katalistor untuk perubahan. Penghujung tahun lapan puluhan memperlihatkan bermulanya perkhidmatan pengajaran siswazah yang dipersatukan, dan pensyarah·pensyarah perguruan dibawa masuk menjadi Nazir sekolah-sekolah untuk membiasakan mereka Clengan perubahan yang berlaku di bilikdarjah. Sukatan-sukatan pelajaran yang seragam itu akan diberikan dayasuai yang lebih tinggi untuk menampung kemahuan-kemahuan dan minat-minat kumpulan murid yang berbezabeza. Perlengkapan buku teks yang seragam akan bertukar menjadi pegemukaan pilihan-pilihan buku teks yang direkomenkan. Dari segi pendisiplinan di sekolah-sekolah kertas ini meramalkan penggunaan dendaan korporal yang dianjurkan oleh setengah-setengah persatuan guru akan dipersoalkan. Pendekatan yang lebih bersifat kernanuslaan akan direkomenkan. Hingga tahun-tahun lapan puluhan diharapkan guru-guru akan sedar bahawa matlamat utama pendidikan ialah mernperikemanusiaankan murid-murid bukan disebaliknya. Di dalam pendidikan tinggi tidak akan berlaku pertambahan pendidikan peringkat universiti tetapi politeknik-politeknik akan bertambah. Peranan pendidikan bukan-formal akan lebih dihargai. Akan terbentuklah satu Majlis Penasihat Pendidikan Bukan-Formal Kebangsaan untuk menyelaraskan usaha-usaha pendidikan tersebut. Akhir sekali diharap bahawa pendidik-pendidik Malaysia akan bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan dengan cara inovatif dan semangat berbakti.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM Press) > The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education)
Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
Date Deposited: 18 Apr 2017 02:17
Last Modified: 18 Apr 2017 02:34
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33301

Actions (login required)

View Item View Item
Share