Lawatan Kerja Daripada Pelajar Universiti Antarabangsa (AIESEC - USM - CETREE)

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2012) Lawatan Kerja Daripada Pelajar Universiti Antarabangsa (AIESEC - USM - CETREE). Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

PULAU PINANG, 31 JANUARI 2012 - Hampir setiap semester, Universiti Sains Malaysia merupakan pilihan pelajarpelajar daripada antarabangsa bagi menuntut ilmu dan menambah pengetahuan dalam pelbagai aspek antaranya pelbagai jurusan subjek yang diminati, peradaban yang baik, berbilang bangsa, keharmonian kawasan belajar dan selamat dari ancaman musuh. Selain itu juga, Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak terkecuali dan terkenal di seluruh dunia merupakan negara yang mempunyai bilangan pelajar antarabangsa yang agak ramai. Universiti Sains Malaysia merupakan salah satu destinasi pelajar antarabangsa yang diminati di seluruh dunia. Ini kerana terdapat kriteria-kriteria yang membanggakan dan diiktiraf jurusan serta graduannya di seluruh dunia. International Economic And Commercial Science Student Association (AIESEC) merupakan hasil usahasama diantara pelajar Universiti Sains Malaysia dan Universiti antarabangsa dalam menjalankan program pertukaran pelajar mengikut kepakaran-kepakaran yang ada bagi projek Students Knowledge Transfer Programme (SKTP) dalam jurusan Teknologi Hijau. CETREE merupakan tempat pilihan yang tepat dan mudah bagi melaksanakan aktiviti kesedaran dan kempen berkaitan Teknologi Hijau. “Pelbagai maklumat serta pendedahan yang boleh didapati dan diberikan oleh CETREE apabila ada pelajar antarabangsa yang berminat ” kata Ketua Sekretariat/Pengurus Tugas CETREE, Tuan Hj. Badrol Hisham Mohd Nowani. Katanya lagi, Unit Pameran Bergerak merupakan unit yang memperkenalkan konsep Teknologi Hijau yang diaplikasikan pada kenderaan bergerak (Van dan Bas Teknologi Hijau). Selain itu juga, Unit Pameran Bergerak CETREE berperanan penting memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai betapa pentingnya Teknologi Hijau kepada masyarakat pada masa kini.

Item Type: Article
Subjects: L Education
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 12 Apr 2017 07:20
Last Modified: 15 May 2017 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33147

Actions (login required)

View Item View Item
Share