Kurangkan Kos Yang Berlebihan - NC

CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2013) Kurangkan Kos Yang Berlebihan - NC. Berita@Cetree.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview
Official URL: http://cetree.usm.my

Abstract

Pulau Pinang, 10 Jun Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato’ Dr. Omar Osman mengajak semua staf untuk membantu Universiti bagi memastikan semua proses kerja yang dilaksanakan tidak melibatkan kos yang berlebihan. “Universiti membelanjakan sebanyak RM45 juta setahun untuk membayar kos penggunaan elektrik bagi ketigatiga kampus. Ini bermakna, secara anggaran setiap seorang staf menggunakan elektrik berjumlah RM4.00 sehari,” kata Omar. Dengan statistik ini, semua staf diseru untuk berjimat cermat dan jangan berlebihlebihan di dalam perbelanjaan. Beliau berkata demikian di dalam ucapan sempena perhimpunan bulanan yang diadakan di sini hari ini. Hal ini juga dibangkitkan oleh Pengarah Pusat Pendidikan & Latihan Tenaga Diperbaharui & Kecekapan Tenaga (CETREE), Prof. Dr. Haslan Abu Hassan. Beliau menyeru supaya setiap staf memiliki sifat kepunyaan (ownership) terhadap Universiti, tempat mencari rezeki yang halal. Dengan ini, sikap ikhlas dan bertanggungjawab adalah pengurusan yang terbaik selain mengamalkan strategi lautan biru dengan menghapuskan birokrasi, meningkatkan keupayaan dan mencipta peluang. “Di CETREE misalnya, semua staf bukan pegawai pun dilatih supaya mampu berkomunikasi dan berhubung terus dengan ‘paymaster’ dan membina jaringan dengan orang luar,” kata Haslan. Terkini

Item Type: Article
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD6977-7080 Cost and standard of living
Divisions: Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 12 Apr 2017 02:47
Last Modified: 13 Mar 2020 02:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/33135

Actions (login required)

View Item View Item
Share