CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (2016) Kerjasama Bahagian Pembangunan Kurikulum (Bpk) Kementerian Pendidikan Malaysia Bersama Cetree&Gt Berkaitan Teknologi Hijau Untuk Diimplementasikan Dalam Sektor Pendidikan Di Malaysia. Berita@Cetree.
|
PDF
Download (3MB) | Preview |
Abstract
PUTRAJAYA, 2 Jun 2016 - Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau (CETREE>) dengan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan malaysia telah mengadakan satu bengkel taklimat berkaitan Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau bertempat di di Hotel Dorsett, Putrajaya. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi penerangan serta pendedahan awal berkaitan pengenalan tentang Teknologi Hijau dalam kehidupan seharian kepada semua pegawai BPK agar dapat diimplementasikan dalam sektor pendidikan di Malaysia. Bengkel yang berlangsung selama sehari, telah mendapat Maklumbalas positif yang diterima daripada peserta – peserta amat menggalakkan dan berharap usaha murni serta kerjasama bersama CETREE> dapat dicapai dengan jayanya. Antara pengisian bengkel yang telah dirancang berjalan dengan jayanya dibahagikan kepada beberapa sesi. Ia seperti ucapan aluan berkaitan objektif bengkel yang dijalankan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijau Malaysia, En. Amin Abdullah, taklimat berkaitan kerjasama BPK dengan CETREE> daripada Ketua Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum, Dr Rusilawati Othman, taklimat berkaitan tenaga lestari dan Teknologi Hijau daripada Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu, Profesor Dr. Haslan Abu Hassan dan diakhir sesi bengkel ini, daripada Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu, Profesor Dr. Haslan Abu Hassan dan diakhir sesi bengkel ini, para tetamu jemputan dan peserta bengkel ini dijemput meluangkan masa untuk melawat Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE>. Bengkel yang telah dijalankan ini diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga (TKSU), Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Yang Berbahagia Datin Badriyah Ab. Malek serta dihadiri oleh Timbalan Pengarah Hiliran, Seksyen Tenaga, Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Yang Berusaha Dr Mohd Shaharin Haji Umar sebagai tetamu jemputan khas pada hari bengkel tersebut berlangsung.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | T Technology > T Technology (General) |
Divisions: | Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Article Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Centre For Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology CETREE) > Berita@CETREE |
Depositing User: | HJ Hazwani Jamaluddin |
Date Deposited: | 11 Apr 2017 03:24 |
Last Modified: | 15 May 2017 01:51 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/33072 |
Actions (login required)
View Item |