Ciri-Ciri Psikometrik Instrumen Dan Profil Kualiti Kehidupan Kerja Guru Sekolah Rendah Di Acheh, Indonesia Dan Di Tiga Negeri Utara Malaysia

Abdullah Basyah, Nurmawati (2016) Ciri-Ciri Psikometrik Instrumen Dan Profil Kualiti Kehidupan Kerja Guru Sekolah Rendah Di Acheh, Indonesia Dan Di Tiga Negeri Utara Malaysia. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (273kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesetaraan pengukuran instrumen silang negara, dan melakukan evaluasi ciri-ciri psikometri item instrumen Kualiti Kehidupan Kerja Guru merentas negara antara Malaysia dan Indonesia. Konstruk Kualiti Kehidupan Kerja Guru terdiri daripada empat dimensi keperluan iaitu: Psikologi, Sosial, Politik, dan Ekonomi. Kajian merentas budaya antara Malaysia dan Indonesia melibatkan perbandingan sampel guru daripada populasi yang berbeza budaya. Kajian ini melibatkan 400 orang guru yang mengajar di sekolah rendah (dasar) di negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak (Malaysia) dan 400 orang guru yang mengajar di sekolah-sekolah dasar wilayah Acheh (Indonesia) iaitu: Banda Aceh, Pidie Jaya, Aceh Tamiang, dan Kota Langsa yang dipilih secara rawak.. Kajian ini dilaksanakan dengan mentadbirkan instrumen Kualiti Kehidupan Kerja Guru yang dibina oleh Nordin et al. (2009) dalam versi Malaysia dan Indonesia dan menilai ciri-ciri psikometrik instrumen merentas negara dari beberapa aspek seperti keserasian item dan individu, unidimentionaliti, kebebasan setempat, kebolehpercayaan item dan skor responden, serta pengesanan keterbezaan fungsi item (DIF) merentas Malaysia dan Indonesia. This study aims to examine and evaluate the measurement equivalence and psychometric properties of cross-cultural instruments measuring Teacher Quality of Work Life (TQWL) between Malaysia and Indonesia. The construct of Teacher Quality of Work Life (TQWL) consists of four main dimensions namely: Psychological Needs, Social Needs, Political Needs, and Economical Needs. This Cross-cultural study involves a comparison of 400 respondents from Malaysia and 400 respondents from Indonesia respectively. The sample in this study consists of teachers teaching in primary school in the state of Penang, Kedah and Perak (Malaysia) and in primary schools in Aceh province (Indonesia), namely: Banda Aceh, Pidie Jaya, Aceh Tamiang, and Kota Langsa. This study was conducted by administering TQWL instrument developed by Nordin et al. (2009) in Malaysia and Indonesian version and the psychometric properties were examined from several aspects such as fit statistic, unidimensionality, local independence, reliability and person scores, and Differential Item Functioning (DIF) across-nation between Malaysia and Indonesia.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
Date Deposited: 28 Feb 2017 03:54
Last Modified: 12 Apr 2019 05:25
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32241

Actions (login required)

View Item View Item
Share