Konsep Pengurusan Kepadatan Manusia Berteraskan Islam: Kajian Kes Konsep Pengurusan Kepadatan Jemaah Haji Lembaga Tabung Haji Di Mekah

Kamaruding, Musmuliadi (2016) Konsep Pengurusan Kepadatan Manusia Berteraskan Islam: Kajian Kes Konsep Pengurusan Kepadatan Jemaah Haji Lembaga Tabung Haji Di Mekah. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (458kB) | Preview

Abstract

Kepadatan manusia khususnya yang berlaku pada musim haji di Mekah berkaitan dengan Islam dan melibatkan orang-orang Islam. Secara logiknya, konsep pengurusan yang sesuai digunakan ialah konsep pengurusan berteraskan Islam. Walaupun begitu, masih belum ada lagi cadangan yang diberikan berasaskan konsep pengurusan berteraskan Islam. Pada masa ini, cadangan-cadangan pengurusan yang telah diberikan kesemuanya bercirikan pengurusan lazim. Ia tidak sesuai digunakan untuk mengurus kepadatan manusia yang berlaku di Mekah kerana sesuatu yang mempunyai unsur Islam tidak menjadi munasabah jika ia diurus dengan cara yang bukan Islamik. Begitulah juga dengan konsep pengurusan kepadatan jemaah haji (PKJH) Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah. TH merupakan salah sebuah institusi pembangunan berteraskan Islam. Sewajarnya, konsep pengurusan yang digunakan juga hendaklah berasaskan konsep pengurusan berteraskan Islam. Persoalannya, bagaimanakah konsep PKJH TH di Mekah? Crowd especially that occurs during the hajj season in Mecca is related to Islam and the Muslims. Logically, the most suitable management concept to be applied would be one that is Islamic. However, there is still no more suggestions given based on the Islamic management concept. The suggestions that have been given at this time are all characterized by conventional management. It is not suitable to manage the hajj pilgrims crowd that occur in Mecca during hajj season because something that consists of Islamic elements is not reasonable to manage based on conventional method. The same applies to the concept of hajj pilgrims crowd management (HPCM) by Lembaga Tabung Haji (TH) in Mecca. TH is one of the Islamic development institutions. Accordingly, the concept of TH HPCM in Mecca also should be based on the Islamic concept. The problem is, what are the concept of TH HPCM in Mecca? It is in line of Islam?

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV)) > Thesis
Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
Date Deposited: 27 Feb 2017 04:24
Last Modified: 12 Apr 2019 05:25
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32226

Actions (login required)

View Item View Item
Share