Pulsed Magnetic Stimulation In The Treatment Of Stress Urinary Incontinence In Female Subjects

Lim, Renly (2016) Pulsed Magnetic Stimulation In The Treatment Of Stress Urinary Incontinence In Female Subjects. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Stimulasi magnetik terdenyut (PMS) telah digunakan sebagai pilihan rawatan tanpa bedah untuk menangani masalah inkontinens urinari jenis stres (SUI) sejak tahun 1999 disebabkan faktor keselamatan, tidak invasif, dan prosedur rawatan yang mudah. Namun demikian, 'Fifth International Consultation on Incontinence' menekankan bahawa bukti kajian yang sedia ada adalah tidak mencukupi untuk membimbing sebarang cadangan tentang penggunaannya untuk menangani masalah inkontinens urinari, dan kajian klinikal terkawal yang berkualiti tinggi adalah diperlukan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan menilai keberkesanan PMS untuk rawatan masalah inkontinens urinari. Sebelum kajian di atas dilaksanakan, kajian sistematik telah dijalankan untuk menilai bukti PMS yang sedia ada dalam rawatan pesakit yang didiagnosis mengalami masalah inkontinens urinari. Hasil kajian menunjukkan bahawa PMS mengurangkan simptom masalah inkontinens urinari dalam kalangan wanita untuk jangka masa pendek. Walau bagaimanapun, tanpa kajian klinikal berkualiti tinggi, kesesuaian PMS sebagai pilihan rawatan untuk menangani masalah inkontinens urinari masih diragui. Oleh itu, protokol kajian klinikal yang berkualiti tinggi direka untuk menangani batasan-batasan yang diperhatikan. Pulsed magnetic stimulation (PMS) has been used as a non-surgical option for stress urinary incontinence (SUI) since 1999 due to its established safety, noninvasiveness and simplicity of treatment procedures. However, the Fifth International Consultation on Incontinence (ICI) emphasised that the current evidence is insufficient to guide any recommendation on its use for urinary incontinence, and that well-powered randomised controlled trials are needed. Hence, the present study aimed to evaluate the efficacy of PMS for SUI in a randomized, double-blind, shamcontrolled trial. Prior to the above study, a systematic review was conducted to appraise existing evidence on PMS for patients with urinary incontinence. The results showed that PMS provided short-term improvement for incontinence symptoms in women. However, in the absence of high quality trials, the applicability of PMS as a treatment option for urinary incontinence remained uncertain. Thus, a high-quality clinical trial protocol was designed to address the key limitations noted.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: R Medicine > RS Pharmacy and materia medica > RS1-441 Pharmacy and materia medica
Divisions: Pusat Pengajian Sains Farmasi (School of Pharmacy) > Thesis
Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
Date Deposited: 23 Feb 2017 04:16
Last Modified: 12 Apr 2019 05:25
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32191

Actions (login required)

View Item View Item
Share