Al-Jumah, Khalaf Ali
(2016)
Assessment Of Pharmacist Intervention On Depression Patients' Adherence And Clinical Outcomes In A Tertiary Care Centre At Riyadh, Saudi Arabia.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kemurungan atau depresi merupakan penyakit mental kronik yang mempunyai kesan yang boleh menimbulkan ketidakupayaan yang signifikan terhadap kualiti hidup pesakit. Prevalens kemurungan mencecah 15% di seluruh dunia dan 18% di Arab Saudi. Secara am, ubat antikemurungan menjadi kurang berkesan kerana ketidakpatuhan pesakit dalam pengambilan ubat. Hal ini boleh menyebabkan akibat yang serius seperti kegagalan rawatan, komplikasi, penggunaan penjagaan perubatan yang tinggi, dan kerosakan tubuh sehingga tidak berupaya melakukan sesuatu kerja. Peranan ahli farmasi dalam sistem penjagaan kesihatan kini menjadi lebih luas sehingga meliputi kerja-kerja ujian klinik, ekonomi kesihatan, pendidikan pesakit, dan penjagaan pesakit secara langsung. Intervensi ahli farmasi terbukti dapat memberi manfaat dalam usaha meningkatkan hasil rawatan dalam pelbagai keadaan penjagaan kesihatan. Justeru, projek penyelidikan ini bertujuan untuk menilai impak intervensi ahli farmasi yang berdasarkan perkongsian pembuatan keputusan bagi memperbaiki tahap kepatuhan mengambil ubat antimurung dan hal-hal yang berkaitan dengan kesan pada pesakit. Satu kajian keratan rentas analisis deskriptif telah dijalankan untuk memerihalkan populasi Saudi yang mengalami kemurungan berhubung dengan kepatuhan pengambilan ubat antimurung dan untuk menentukan faktor-faktor risiko dan hubungan antara kepatuhan dengan kesan-kesan berkaitan pesakit yang lain.
Depression is a chronic mental illness with a significant disabling effect on the patient‘s quality of life. Depression lifetime prevalence reach up to 15% worldwide and up to 18% in Saudi Arabia. In general the effectiveness of antidepressants is reduced due to patients‘ non-adherence. This may result in serious consequences such as treatment failure, complications, high medical care utilization, and impairment in work functioning. The role of pharmacists in the healthcare system has expanded to include involvement in clinical trials, health economics, patient education, and direct patient care. Pharmacist interventions have proved to be beneficial in improving treatment outcomes in a variety of healthcare settings. Therefore, this research aims to evaluate the impact of a pharmacist intervention based on shared decision making to improve adherence to antidepressant medication and related patient outcomes. A cross-sectional descriptive analysis study was carried to describe depressed Saudi population with respect to adherence to antidepressant and to determine the risk factors and the association between adherence and other patient-related outcomes.
Actions (login required)
|
View Item |