Ahmad, Azwan
(2016)
Transformasi Dan Dinamika Politik Elit Di Perlis, Kurun Ke 19 Sehingga 1970-An.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Penulisan tesis ini bertujuan untuk melihat transformasi dan dinamika elit Melayu
dalam politik dan pentadbiran di Perlis sejak abad ke-19 sehingga tahun 1970an. Kajian ini
juga bertujuan menganalisis sejauh manakah pengaruh dan penglibatan elit Melayu dalam
politik dan pentadbiran serta peranan mereka dalam membangunkan kesedaran politik anti
kolonial sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua. Penyelidik telah menjalankan kajian
kepustakaan dengan menganalisis sumber-sumber dari rekod John Hamer, fail SUK Perlis,
fail Pejabat Kolonial British, catatan tokoh dan laporan akhbar. Analisis dilakukan oleh
penyelidik untuk melihat sejauh manakah hubungan “tradisi taat setia” orang Melayu
terhadap raja dan kepimpinan elit Melayu mempengaruhi kesedaran politik dan
nasionalisme dalam masyarakat Melayu Perlis. Dalam menjelaskan hubungan ini,
penyelidik merujuk kepada sejarah kemunculan kerajaan Perlis dan mengkaji bagaimana
golongan elit Melayu memperoleh pengaruh dan kedudukan dalam pentadbiran kerajaan
Perlis sehingga mereka begitu “dihormati” oleh masyarakat Melayu. Perjanjian Perlis
British 1930 secara signifikan telah menyebabkan golongan elit Melayu begitu
berpengaruh dalam pentadbiran kerajaan Perlis.
This thesis aims to see the transformation and the dynamics of Malay elites in
politics and administration in Perlis since the 19th century until the 1970s. The study also
aims to analyze the extent of the influence and involvement of the Malay elite in politics
and administration as well as their role in the development of anti-colonial political
awareness before and after the Second World War. The researcher has conducted a library
research by analyzing the records from John Hamer, Perlis State Secretary files, British
Colonial Office files, figures, notes and newspaper reports. The analysis was conducted by
the researcher to determine how the "tradition of loyalty" of the Malays towards the king
and the Malay elite leadership would influence political consciousness and nationalism in
the Malay community in Perlis. In explaining this relationship, the researcher refers to the
history of the emergence of the Perlis government and examines how the Malay elites
gained influence and positions in the Perlis government administration until they were so
"honored" by the community. The British Perlis agreement in 1930 significantly had led
the Malay elite to become so influential in the Perlis government’s administration.
Actions (login required)
|
View Item |