The Role Of Tasks, Composition, Context, And Trust As Predictors Of Nursing Team Performance In Malaysian Public Hospitals

Ahmad Zawawi, Azlyn (2016) The Role Of Tasks, Composition, Context, And Trust As Predictors Of Nursing Team Performance In Malaysian Public Hospitals. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (466kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk (a) mengkaji hubungan langsung antara ciri-ciri pasukan (tugas pasukan, komposisi pasukan, dan konteks pasukan) dengan prestasi pasukan; dan (b) mengkaji hubungan tidak langsung antara ciri-ciri pasukan (tugas pasukan, komposisi pasukan, dan konteks pasukan) dengan prestasi pasukan melalui kepercayaan pasukan sebagai perantara. Prestasi pasukan terbahagi kepada dua dimensi, iaitu prestasi tugas dan prestasi konteks. Prestasi tugas berkisar tentang pengetahuan teknikal pasukan dan aktiviti teknikal yang menjadi teras kepada organisasi. Sementara itu, prestasi konteks ialah aktivitiaktiviti yang melibatkan persekitaran sosial dan psikologi organisasi, seperti tingkah laku membantu, penerimaan terhadap cadangan atau kritikan, dan kerjasama ahli pasukan. Tiga peramal prestasi pasukan (tugas pasukan, komposisi pasukan, dan konteks pasukan) telah dikaji dalam kajian ini. Tugas pasukan termasuk identiti tugas, kepentingan tugas, dan kebergantungan tugas, manakala komposisi pasukan terdiri daripada ciri-ciri kepelbagaian dan kemahiran pasukan. Sementara itu, konteks pasukan terdiri daripada persepsi ahli terhadap sokongan pasukan dan gaya kepimpinan transformasi oleh ketua pasukan. Dengan kadar respons sebanyak 93%, kajian ini melibatkan 300 pasukan jururawat (1436 jururawat) daripada tujuh hospital negeri di Semenanjung Malaysia. This study was aimed to (a) examine the direct relationship between team characteristics (team task, team composition, and team context) and team performance; and (b) examine the indirect relationship between team characteristics (team task, team composition, and team context) and team performance via the mediating role of team trust. Team performance was operationalized as constituting of two dimensions which are: team task performance and team contextual performance. Team task performance revolved around the team’s technical knowledge and the technical core activities of the organization. Meanwhile, team contextual performance involves activities that are affecting the organization’s social and psychological environment, such as teammates’ helping behavior, acceptance towards suggestions or criticisms, and cooperation. Three predictors of nursing team performance (team task characteristics, team composition characteristics, and team context characteristics) were examined in this study. Team task characteristics include task identity, task significance, and task interdependence. Whereas, team composition characteristics consisted of team diversity and team skills. Meanwhile, team context characteristics comprise perceived team support and transformational leadership style of the team leaders. With a response rate of 93%, this study involved a total of 300 nursing teams (1436 individual nurses) from seven state hospitals in Peninsular Malaysia.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial Management
Divisions: Pusat Pengajian Pengurusan (School of Management) > Thesis
Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
Date Deposited: 17 Feb 2017 00:23
Last Modified: 12 Apr 2019 05:25
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32126

Actions (login required)

View Item View Item
Share