Uthaya Kumar, U. Seeta
(2015)
Bioactivity Determination Of Cassia Surattensis Seed Extract.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Cassia surattensis adalah tumbuhan berbunga yang telah digunakan secara tradisional sebagai makanan dan untuk tujuan perubatan di banyak negara. Kajian ini bertujuan untuk menentukan profil pencapjarian, aktiviti antioksidan, kesan hepatoprotektif, kesan sitotoksik ke atas sel Vero dan aktiviti genoprotektif menggunakan ujian komet. Keputusan kajian HPTLC menunjukkan biji C. surattensis mempunyai 10 puncak berbeza komponen kimia utama yang berbeza dan kajian logam berat menunjukkan biji tersebut bebas daripada tahap pencemaran logam berat yang tinggi. Ekstrak metanol biji C. surattensis menunjukkan aktiviti pemerangkapan radikal bebas DPPH dan radikal nitrik oksida yang baik dengan kuasa penurunan. Ekstrak biji C. surattensis mempunyai kandungan jumlah fenolik sebanyak 100.99 mg GAE/g berat kering dan terdapat korelasi positif antara kandungan jumlah fenolik dan aktiviti antioksidan ekstrak biji. Rawatan ekstrak biji C. surattensis secara signifikan menurunkan paras enzim hati dan berat relatif hati meningkat dalam hepatotoksisiti hati mencit yang diaruh dengan parasetamol.
Cassia surattensis is a flowering plant that has been traditionally used in many countries for food and medicinal use. This study sought to determine the fingerprint profile, antioxidant activities, hepatoprotective effect, cytotoxicity effect on Vero cells and genoprotective activity using the Comet assay. The result of the HPTLC study revealed that the C. surattensis seed has 10 major different chemical component peaks and the heavy metal analysis showed that the seed was safe from high heavy metal contamination. The methanolic seed extract showed good antioxidant activities in 2,2-diphenyl-1-picrylhydrazyl (DPPH) radical scavenging activity, nitric oxide radical scavenging activity and reducing power. C. surattensis seed extract contained total phenolic content of 100.99 mg GAE/g dry weight and there was a positive correlation between total phenolic content and the antioxidant activities of the seed extract. C. surattensis seed extract significantly reduced the elevated levels of serum liver enzymes and relative liver weight in paracetamol-induced liver hepatotoxicity mice.
Actions (login required)
|
View Item |