Tajasom, Adel
(2016)
Transformational Leadership And Organisational Performance Of Malaysian E&E Mncs: The Mediating Effect Of Teamwork Cohesion, Organisational Learning And Organisational Innovation.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini dijalankan dengan melihat kepada hubungan di antara kepimpinan transformasional, perpaduan pasukan, pembelajaran organisasi, dan inovasi organisasi ke atas prestasi organisasi syarikat multinasional (MNCs) di dalam sektor (Elektrik dan Elektronik) E&E di Malaysia. Berdasarkan teori berasaskan sumber, kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk memahami hubungan secara langsung di antara kepimpinan transformasional (pertimbangan individu, stimulasi intelektual, motivasi inspirasi, dan pengaruh ideal) dan perpaduan dalam pasukan, pembelajaran organisasi, dan inovasi organisasi serta hubungan secara langsung dengan prestasi organisasi (kewangan dan bukan kewangan). Di samping itu, kajian ini juga mengkaji kesan perpaduan di dalam pasukan, pembelajaran organisasi dan inovasi organisasi ke atas hubungan di antara kepimpinan transformasi dengan prestasi organisasi. Data bagi kajian ini telah dikumpulkan daripada 169 MNCs dalam sektor E&E di Malaysia. Syarikat-syarikat MNCs ini telah didaftarkan dan disenaraikan dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
This research focuses on the relationship between transformational leadership, teamwork cohesion, organisational learning, organisational innovation and organisational performance of MNCs in the Malaysian E&E sector. Drawing on the resource-based view, this research aims to understand the direct relationship between transformational leadership (individualised consideration, intellectual stimulation, inspirational motivation, and idealised influence) and teamwork cohesion, organisational learning, and organisational innovation as well as the relationship with organisational performance (financial and non-financial). This research also examines the mediating effect of teamwork cohesion, organisational learning and organisational innovation on the relationship between transformational leadership and organisational performance. Data were collected from 169 registered MNCs in the Malaysian E&E sector. These MNCs are registered and listed on the Malaysian Investment Development Authority (MIDA) directory.
Actions (login required)
|
View Item |