Mohsen, Adel Shakeeb
(2016)
Analysis Of Real Activities In The Syrian Economy: 1980 - 2010.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini cuba untuk menyiasat penentu pertumbuhan keseluruhan dan sektor
di Syria dari tahun 1980 hingga 2010. Selain itu, ia juga menyiasat pembolehubah
yang memberi kesan kepada pelaburan sektor awam dan swasta dan perdagangan
asing di negara ini. Isu utama dalam kajian ini ialah bagaimana untuk meningkatkan
pertumbuhan keseluruhan sektor, pelaburan sektor awam dan swasta, dan
perdagangan asing di Syria. Model VAR, ujian punca unit ADF, ujian kointegrasi
Johansen, ujian sebab-akibat Granger, fungsi tindak balas impuls (IRF), dan analisis
penguraian varians (VD) digunakan dalam kajian ini. Keputusan kajian ini
menunjukkan bahawa KDNK Syria mempunyai hubungan yang positif dengan
pelaburan sektor awam, pelaburan sektor swasta, eksport, harga minyak, dan
pertumbuhan penduduk. Pelaburan awam mempunyai kesan terbesar terhadap
KDNK. Output pertanian mempunyai hubungan yang positif dengan modal, eksport
makanan, perbelanjaan penggunaan akhir dan tanah suai tani, tetapi mempunyai
hubungan yang negatif dengan harga minyak. Tanah suai tani mempunyai kesan
terbesar terhadap output pertanian. Output industri mempunyai hubungan yang
positif dengan modal, eksport perkilangan, penduduk dan output pertanian, dan
hubungan yang negatif dengan harga minyak. Output pertanian mempunyai kesan
terbesar terhadap output industri.
This study attempts to analyze the real activities in the Syrian economy through
investigating the determinants of overall and sectoral growth, public and private
sector investment and foreign trade in the country. The main issue in this study is
how to improve overall and sectoral growth, public and private sector investment and
foreign trade in Syria. The VAR model, ADF unit root test, Johansen cointegration
test, Granger causality test, impulse response functions (IRF), and variance
decomposition (VD) analysis are used in this study. The results of this study show
that the GDP of Syria is positively related to public sector investment, private sector
investment, exports, oil price, and population growth. Public investment has the
biggest effect on the GDP. Agricultural output is positively related to capital, food
exports, final consumption expenditure and arable land, but negatively related to oil
price. Arable land has the largest effect on agricultural output. Industrial output is
positively related to capital, manufactured exports, population and agricultural
output, and negatively related to oil price. Agricultural output has the largest effect
on industrial output.
Actions (login required)
|
View Item |