Kebudayaan Paleolitik Di Lembah Mansuli Semasa Pleistosen Tengah Hingga Pleistosen Akhir (235,000 -11,000 Tahun Dahulu)

Abdullah, Mohd Jeffrey (2015) Kebudayaan Paleolitik Di Lembah Mansuli Semasa Pleistosen Tengah Hingga Pleistosen Akhir (235,000 -11,000 Tahun Dahulu). PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Lembah Mansuli terletak di Lahad Datu, Sabah. Kajian di Lembah Mansuli melibatkan dua tapak Paleolitik iaitu tapak terbuka Mansuli dan Gua Samang Buat. Setiap tapak ini telah mendedahkan empat lapisan budaya yang membuktikan bahawa Lembah Mansuli telah diduduki seawal 235,000 tahun lagi sehingga 11,000 tahun dahulu berdasarkan kepada pentarikhan kaedah pandar kilauan rangsangan optik dan pentarikhan radiokarbon. Di tapak terbuka Mansuli, terdapat 4 lapisan budaya yang masing-masingnya berusia 15,400, 24,600, 52,600 dan 235,000 tahun dahulu. Kesemua pentarikhan tersebut telah dipertarikhkan dengan menggunakan kaedah pandar kilauan rangsangan optik. Sementara di Gua Samang Buat pula, 4 lapisan budaya telah didedahkan bagaimanapun ia masih belum sampai ke lapisan dasar. Lapisan budaya pertama, kedua dan ketiga masing-masing berusia 11,000 BP, 15,000 BP dan 28,000 BP, ketiga-tiganya telah dipertarikhkan dengan kaedah pentarikhan radiokarbon. Mansuli Valley is located in Lahad Datu, Sabah. This study involved two Palaeolithic sites within the valley; an open-air site of Mansuli and Gua Samang Buat. Each site has revealed four cultural layers and provided evidence that the valley was inhabited as early as 235,000 years until 11,000 years ago, based on optically stimulated luminescence (OSL) and radiocarbon dating methods. At the Mansuli open-air site, there are 4 cultural layers which have been dated using optically stimulated luminescence (OSL) to 15,400, 24,600, 52,600 and 235,000 years ago respectively. Whereas at Gua Samang Buat, 4 cultural layers have been exposed but the basal layer has not been reached yet. The first three cultural layers are dated to 11,000 BP, 15,000 BP and 28,000 BP respectively using radiocarbon method.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > G1-922 Geography (General)
Divisions: Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (Centre for Global Archaeological Research) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 06 Feb 2017 08:11
Last Modified: 12 Apr 2019 05:25
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/31936

Actions (login required)

View Item View Item
Share