Ligand Based Drug Discovery Of Novel Dengue-2 NS2B-NS3 Protease Inhibitors

Mohd Nawi, Mohamed Sufian (2015) Ligand Based Drug Discovery Of Novel Dengue-2 NS2B-NS3 Protease Inhibitors. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Kes demam denggi dilaporkan meningkat setiap tahun, namun sehingga kini belum ada ubat anti-denggi boleh didapati di pasaran. Oleh itu, pencarian ejen anti-denggi adalah kritikal. Pemotongan poliprotein pelopor oleh enzim protease NS2B-NS3 merupakan proses yang sangat penting untuk replikasi flavivirus. Oleh itu enzim protease NS2B-NS3 sesuai dijadikan sasaran untuk membangunkan ubat anti-denggi. Di Malaysia, Denggi-2 adalah jenis sera yang paling lazim. Dalam kajian ini, pendekatan berasaskan ligan telah dilaksanakan dalam mencari perencat enzim protease NS2B-NS3 Denggi-2 baharu yang berpotensi. Model farmakofor telah dihasilkan daripada pelbagai struktur perencat enzim protease NS2B-NS3 Denggi-2 yang pernah dilaporkan, yang terdiri daripada molekul peptida dan bukan peptida. Model farmakofor terpilih telah digunakan untuk menyaring senarai sebatian dalam pengkalan data National Cancer Institute, AS (NCI) untuk mencari perencat protease NS2B-NS3 Denggi-2 yang baharu secara maya. The reported dengue cases are increasing yearly, yet no anti-dengue agent is available in the market. Therefore, the search for anti-dengue is critical. In Malaysia, Dengue-2 (DEN-2) is the most prevalent serotype. NS2B-NS3 protease is the enzyme for the cleavage of polyprotein precursor, which is crucial for the flavivirus replications. This makes it a potential target for the development of therapeutics against the dengue virus. In this study, ligand-based approach was implemented in searching for the new potential DEN-2 NS2B-NS3 protease inhibitors. Pharmacophore models were developed from diverse reported structures of DEN-2 NS2B-NS3 protease inhibitors, comprising peptide and non-peptide molecules. The selected pharmacophore models were employed to screen the US National Cancer Institute (NCI) list of compounds to search for new DEN-2 NS2B-NS3 protease inhibitors.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: R Medicine > RS Pharmacy and materia medica > RS1-441 Pharmacy and materia medica
Divisions: Pusat Pengajian Sains Farmasi (School of Pharmacy) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 03 Feb 2017 07:42
Last Modified: 12 Apr 2019 05:25
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/31902

Actions (login required)

View Item View Item
Share