Imad Hazim Al Ganaby, Ammar
(2016)
Pharmacokinetics And Investigation Of The Anxiolytic-Like Effect Of Mitragynine In Rats.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Mitragyna speciose Korth (Rubiaceae) merupakan sejenis pokok yang berasal dari bahagian utara Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand. Alkaloid utama dalam tumbuhan ini, iaitu mitraginina (MG), telah dilaporkan bertanggungjawab terhadap kebanyakan sifat farmakologinya. Dos MG yang digunakan dalam kebanyakan kajian farmakologi mempunyai perbezaan yang ketara, sekaligus menggambarkan bahawa cadangan pemilihan dos dalam pelbagai kajian yang lepas adalah berkemungkinan dijalankan secara empirikal iaitu tanpa asas saintifik yang sewajarnya. Walaubagaimanapun, kajian semasa mendedahkan bahawa terdapat variasi dos yang besar telah digunakan. Hal ini disebabkan oleh sifat fizikokimia MG tetapi variasi dos tersebut tidak pula terbatas hanya kepada sifat fizikokimia MG. Disebabkan penilaian farmakokinetik merupakan komponen penting dalam proses pemilihan dos, maka usaha diperlukan untuk menentukan sifat farmakokinetik MG seperti perkadaran dos, akumulasi drug, ikatan protein plasma dan taburan tisu dalam tikus.
Mitragyna speciosa Korth (Rubiaceae) is an indigenous tree found in the Northern Malaysian Peninsula and in Southern Thailand. The principal alkaloid of this plant, Mitragynine (MG), has been reported to be responsible for most of its pharmacological properties. Doses of MG employed in most pharmacological studies vary greatly, which suggests that the selection of these doses was possibly carried out empirically without proper scientific basis. However, recent studies revealed that large dose variation was due but not limited, to MG physicochemical properties. Since pharmacokinetic evaluation is an essential component in the dose selection process, work was undertaken to determine MG pharmacokinetic properties such as dose proportionality, accumulation, plasma protein binding and tissue distribution in rats.
Actions (login required)
|
View Item |