Abu Hassan, Sa’adiatul Mahfuzah
(2016)
Persepsi Pekerja Terhadap Pembangunan Kemahiran Sumber Manusia Di Kulim Hi-Tech Park.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Malaysia adalah antara negara membangun yang mengalami perubahan
ekonomi kesan daripada perubahan ekonomi global. Perubahan ini telah
membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat terutama di dalam sektor
perindustrian. Fokus utama di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK 10) ialah
membangunkan kluster industri dan meningkatkan produktiviti terutama menerusi
usaha meningkatkan kemahiran modal insan. Oleh itu, sesebuah firma perlu
menitikberatkan keperluan tenaga kerja yang lebih produktif, berkualiti dan
berkemahiran tinggi untuk menjadikannya mampu berdaya saing di dalam aktiviti
pengeluaran. Kajian ini akan meneliti persepsi pekerja terhadap pembangunan
kemahiran sumber manusia, indikator dan implikasi pembangunan kemahiran
sumber manusia. Kaedah kuantitatif dan kualitatif telah digunakan melalui
borang soal selidik dan temu bual individu, di mana borang soal selidik
menggunakan kaedah analisis frekuensi mudah manakala temu bual individu
menggunakan kaedah analisis kandungan.
Malaysia is among the developing countries that experiences economic
changes as the effect of changes in the global economy. This has led to the rapid
economic growth, especially in the industrial sector. The aim of the 10th
Malaysia Plan (RMK 10) is to develop cluster industry and to increase
productivity, mainly through the increasing of human capital skills. Thus, firms
need to emphasize the necessities of a productive workforce, quality and highly
skilled environment so that it can be competitive in the production activities. This
study analyses the perception of workers towards the development of human
resource skills. The indicators and human resources skills development
implications were also examined in terms of the perception of workers.
Quantitative and qualitative methods were used via questionnaire and individual
interviews, where the questionnaire used easy frequency analysis approach while
the individual interviews used content analysis.
Actions (login required)
|
View Item |