Insect Pollinator And Weed Ecology In A Mango Agroecosystem

Abdul, Nurul Huda (2016) Insect Pollinator And Weed Ecology In A Mango Agroecosystem. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (3MB) | Preview

Abstract

Kepentingan pendebunga liar dalam pengeluaran buah mangga telah diketahui secara meluas tetapi taburan mereka di kawasan tropika dan hubungannya dengan tanaman masih kurang penghuraiannya. Untuk memahami peranan pendebunga liar dalam pengeluaran mangga, kajian ini menyiasat taburan serangga pelawat bunga (antofil) di jambak bunga dua kultivar mangga, Mangifera indica L. kv. ‘Sala’ dan ‘Chok Anan’. Kelimpahan antofil telah dipantau melalui 15 minit pungutan dalam setiap jam dari 0800 am sehingga 1500 pm, pada selang 4 hari bermula dari awal berbunga sehingga semua bunga telah kering (12-28 Februari 2013 dan 28 Januari 2014 - 7 Mac 2014). Antofil dari 10 order serangga yang terdiri daripada 79 famili, 156 genus dan 15803 serangga telah melawat bunga mangga. Hymenoptera (38.54 %) adalah order yang paling dominan diikuti oleh Hemiptera (34.59 %) dan Thysanoptera (10.32 %). Chok Anan menarik jauh lebih banyak antofil berbanding Sala pada P < 0.05, df = 264 , t = -7,490. Kelimpahan antofil berbeza mengikut keterdapatan bunga pada masa persampelan yang berbeza. Antofil terbang lebih banyak (min kelimpahan 34.98 ± 2.004) melawat bunga terutama semasa bunga mula kembang berbanding antofil merayap (24.44 ± 1.973). Importance of wild pollinators in mango fruit production is widely known but their distribution in the tropics and relationships with crop plants remain poorly described. To understand the role of wild pollinators in mango production, this study investigated the distribution of flower visiting insects (anthophiles) on inflorescences of two mango cultivars, Mangifera indica L. cv. ‘Sala’ and ‘Chok Anan’. Abundance of anthophiles was monitored by 15 minute hourly collection from 0800 h until 1500 h at 4-day interval from the beginning of flowering until all flowers dried up (12-28 February 2013 and 28 January 2014 – 7 March 2014). Anthophiles from 10 insect orders consisting of 79 families, 156 genera and 15803 individual insects visited mango flowers. Hymenoptera (38.54%) was the most dominant order followed by Hemiptera (34.59%) and Thysanoptera (10.32%). Chok Anan attracted significantly higher abundance of anthophiles than Sala at P < 0.05, df = 264, t = -7.490. Anthophile abundance varied following flower availability at different sampling occasions. More flying (mean abundance 34.98 ± 2.004) anthophiles visited flowers during flower anthesis compared to crawling anthophiles (24.44 ± 1.973).

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH1 Natural history (General - Including nature conservation, geographical distribution)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kajihayat (School of Biological Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
Date Deposited: 25 Jan 2017 08:07
Last Modified: 12 Apr 2019 05:25
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/31817

Actions (login required)

View Item View Item
Share