Ramli, Rusyaizila
(2016)
A Privacy Framework And Guidelines For Psychiatric Behavioural Monitoring System.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Isu-isu berkaitan dengan privasi seringkali menjadi topik perbincangan di kalangan mereka yang terbabit secara langsung atau tidak di dalam bidang perubatan dan juga pesakit-pesakit apabila isu-isu ini dikaitkan dengan sistem pemantauan perlakuan pesakit mental. Melalui kaijan-kajian terdahulu dan berdasarkan Akta Perlindungan Data Peribadi (2010), kami telah mengenalpasti beberapa perkara yang menimbulkan kebimbangan di kalangan pesakit-pesakit berkaitan dengan isu ini apabila kajian dilakukan di sebuah hospital universiti A. Kajian ini menggunakan teori konstruktivisme sosial di mana setiap pesakit yang terbabit ditemuramah dan data yang diperolehi melalui temuramah dan pemerhatian dikajiselidik menggunakan kaedah analisis kualitatif. Kerangka kerja pada permulaan kajian terdiri daripada lima faktor iaitu Fizikal, Sosial, Informasional, Psikologikal dan Global yang mana setiap satunya mempunyai aspek masing-masing. Bagaimanapun, kerangka kerja awal tersebut telah dimodifikasi berdasarkan keputusan dari analisis yang telah dilakukan.
Privacy issues are frequently discussed among healthcare providers and end-users of healthcare applications as these sensitive issues are related to the use of a psychiatric behavioural monitoring system. We systematically reviewed literature on privacy issues and the Personal Data Protection Act (PDP) 2010 Malaysia to identify privacy concerns among Malaysian patients admitted to the Psychiatric Ward at a Teaching Hospital A. This study uses the social constructivism paradigm, through case study strategy of inquiry and the data was collected through interviews and observations. The study adapted privacy framework that consisted of five factors which are Physical, Social, Informational, Psychological and Global.
Actions (login required)
|
View Item |