Ahmad, Khairul Amri
(2015)
Pendekatan Kebajikan Produktif Di Kalangan Usahawan Kebajikan Di Kedah: Satu Penilaian.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Pendekatan kebajikan produktif telah mula diperkenalkan di Malaysia semenjak tahun 2009 sebagai salah satu exit policy kepada situasi pergantungan klien kepada bantuan kewangan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Matlamat utama pendekatan ini adalah untuk mengurangkan kebergantungan klien kepada bantuan bulanan. Salah satu program yang dilaksanakan adalah menyediakan bantuan modal perniagaan kepada penerima bantuan untuk memulakan perniagaan. Walau bagaimanapun selepas empat tahun pelaksanaan, pendekatan ini masih belum menampakkan hasil seperti yang diharapkan dan penerima bantuan bulanan terus bertambah. Situasi ini menyebabkan implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan. Sehubungan itu, kajian ini akan memberi fokus kepada tiga objektif utama iaitu: pertamanya untuk mengenalpasti sejauh mana prestasi pendekatan kebajikan produktif dengan menjadikan negeri Kedah sebagai lokasi kajian kes; kedua untuk menganalisis masalah yang dihadapi oleh usahawan kebajikan; ketiga, menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan kebajikan yang boleh dijadikan sebagai panduan.
The “Productive Welfare Approach” introduced in Malaysia in 2009 is a form of an exit policy for the poor citizens who depend on the monthly financial assistance of the Department of Social Welfare, Malaysia (JKM). The ultimate aim of this approach is to reduce the amount of monthly financial assistance beneficiaries. One approach is to provide a capital to the welfare entrepreneur to start a business. However, after four years, the monthly financial assistance beneficiaries still increase in number. It has instead caused more financial implications to the government. This study therefore focuses on the following thresholds: First, to examine the outcomes of the “productive welfare approach” programme using the Kedah state as a case study; second, to analyze the problems of the approach; third, to analyze factors of the successful clients for possible good lessons to be learnt.
Actions (login required)
|
View Item |