Hu , Ann Leh
(2016)
Masyarakat Iban Dan Alam Sekitar Dalam Fiksyen Terpilih Jong Chian Lai: Satu Kirtikan Keadilan Ekologi.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Jong Chian Lai merupakan pengarang Sarawak yang banyak memperkatakan
isu alam sekitar khususnya dalam konteks keadilan ekologi yang mementingkan
kesejahteraan manusia dan alam sekitarnya. Wujud hubungan erat antara keadilan
ekologi dengan kepercayaan masyarakat tempatan kerana kepercayaan masyarakat
sebenarnya mempengaruhi cara mereka bertindak ke atas alam sekitar. Walau
bagaimanapun, aspek ini belum diselidiki dalam novel dan cerpen Jong Chian Lai.
Justeru itu, lompang ini akan dipenuhi oleh kajian ini. Sehubungan itu, kajian ini
telah menetapkan tiga objektif yang ingin dicapai, iaitu (1) menganalisis corak
hubungan masyarakat Iban di Sarawak dengan alam sekitar berdasarkan konteks
sistem kepercayaan masyarakat Iban seperti yang terpancar dalam karya Jong Chian Lai; (2) meneliti konflik antara tuntutan kelangsungan hidup dan pembangunan dengan pemeliharaan tradisi Iban; dan (3) meneliti dan menilai cara pengarang menggunakan bahasa untuk menampilkan alam sekitar dan hubungannya dengan masyarakat Iban. Kajian ini menggunakan teori keadilan ekologi yang dipelopori oleh Brian Baxter. Kajian ini mendapati isu alam sekitar yang berkaitan pembalakan dan pembinaan empangan hidro memerlukan keadilan ekologi demi kesejahteraan manusia dan organisma yang lain; dan keadilan ekologi yang dibincangkan dalam kajian ini bersandar kepada kepercayaan masyarakat Iban terhadap dewa dan semangat.
Jong Chian Lai is a Sarawak author who discusses numerous environmental
issues, particularly in the context of ecological justice which consider the human
welfare and environment as important. There is a strong relationship between the
ecological justice and the belief of the local people as the belief actually influences
the way they act towards the environment. However, this aspect has not yet been
studied on Jong Chian Lai’s novels and short stories. Hence, the void will be filled
by this study. Therefore, this study has set three objectives to be achieved, namely
(1) to analyze the relationship of the Iban in Sarawak with the environment based on
the Iban community’s belief system as reflected in the works of Jong Chian Lai; (2)
to look into the conflict between the claims on survival and development with the
preservation of the Iban tradition; and (3) to examine and evaluate how the author
uses language to portray the environment and its relationship with the Iban. This
study uses the ecological justice theory which is pioneered by Brian Baxter. This
study finds out that the environmental issues relating to logging and construction of
hydroelectric dams need ecological justice for the sake of human and other
organisms welfare. The ecological justice which is discussed in this study is based on
the Iban belief of gods and spirits.
Actions (login required)
|
View Item |