Pengaruh Pulau Haba Bandar Terhadap Keselesaan Terma Dalaman Bangunan Untuk Pekerja Di Pulau Pinang

Hanafiah, Nur Aili Hanim (2016) Pengaruh Pulau Haba Bandar Terhadap Keselesaan Terma Dalaman Bangunan Untuk Pekerja Di Pulau Pinang. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (354kB) | Preview

Abstract

Penyelidikan mengenai pengaruh pulau haba bandar terhadap keselesaan terma dalaman bangunan untuk pekerja telah dilakukan di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Penyelidikan ini mempunyai tiga objektif. Objektif yang pertama adalah mengkaji kewujudan pola dan ciri suhu serta fenomena pulau haba bandar di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, objektif kedua adalah mengenapasti kesan cuaca persekitaran terhadap keselesaan terma pekerja dalam bangunan dan objektif ketiga adalah menentukan kaedah/langkah-langkah yang sesuai untuk menguruskan fenomena pulau haba bandar. Kawasan kajian meliputi kawasan MBPP iaitu seluruh kawasan pulau negeri Pulau Pinang. Kaedah penyelidikan ini melibatkan penggunaan data sekunder yang tersedia dan perolehan data primer. Data primer dilakukan melalui empat kaedah utama bagi menjawab semua objektif penyelidikan yang telah ditentukan. Empat kaedah utama tersebut adalah kaedah pengedaran borang soalselidik kepada pekerja dalam bangunan, kaedah pengukuran suhu di dalam dan luar bangunan organisasi, kaedah ujikaji suhu dalam bilik (room experiment) melibatkan individu terpilih serta kaedah pencerapan suhu di lapangan bagi mengenalpasti kewujudan pulau haba bandar. Hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa pulau haba bandar telah wujud di kawasan MBPP hasil imej terma yang diperolehi dari data penderiaan jauh ARSM pada tahun 2000 dan 2009. Research on the urban heat island‟s effect on office workers thermal comfort has been carried out in the area of Penang Municipal Council (MBPP). This research has three objectives. The first objective is to investigate the pattern and type of temperature and the existence of urban heat island phenomenon in Penang Municipal Council area. The second objective is to identify the effect of weather on the office workers‟ thermal comfort and the third objective is to determine the appropriate methods / measures to manage the urban heat island phenomenon. The study area covers MBPP area which is the whole state of Penang island. This research method involves secondary and primary data. Primary data is collected via four methods to achieve all research objectives. The four methods include distributing questionnaires to office workers, temperature measurement inside and outside the office, room experiment involving selected individuals and temperature measurement in the field to identify the existence of urban heat islands. The results obtained that urban heat island has existed in the MBPP by thermal images obtained from ARSM‟s remote sensing data in 2000 and 2009.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
Date Deposited: 04 Jan 2017 01:23
Last Modified: 12 Apr 2019 05:25
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/31374

Actions (login required)

View Item View Item
Share