Penerokaan Awal Terhadap Jenayah Seksual Dalam Kalangan Remaja Lelaki Di Malaysia: Satu Kajian Kes Terhadap Remaja Di Sebuah Pusat Pemulihan

Kuthoos, Haja Mydin Abdul and Endut, Noraida and Azmawati, Azman Azwan and Hashim, Intan Hashimah Mohd and Selamat, Nor Hafizah (2016) Penerokaan Awal Terhadap Jenayah Seksual Dalam Kalangan Remaja Lelaki Di Malaysia: Satu Kajian Kes Terhadap Remaja Di Sebuah Pusat Pemulihan. In: 3rd KANITA POSTGRADUATE INTERNATIONAL CONFERENCE ON GENDER STUDIES, 16 – 17 November 2016, Universiti Sains Malaysia, Penang.

[img]
Preview
PDF
Download (476kB) | Preview

Abstract

Isu krisis akhlak dan moral golongan remaja di Malaysia semakin membimbangkan. Statistik menunjukkan peningkatan sebanyak 111 peratus dalam tempoh setahun bagi jumlah kes jenayah membabitkan pesalah juvana. Statistik yang dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2013 menunjukan sebanyak 7,816 kes dicatatkan berbanding hanya 3,700 kes pada 2012 iaitu membabitkan peningkatan sebanyak 4,116 kes termasuk bagi jenayah seksual seperti rogol dan liwat. Melihat kepada perkembangan ini, adalah penting untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong kepada peningkatan jenayah seksual tersebut agar pencegahan awal dapat dilakukan bagi mengelak penglibatan orang muda dalam jenayah khususnya dalam jenayah seksual. Maka, kajian ini dilakukan sebagai penerokaan awal terhadap jenayah seksual dalam kalangan remaja lelaki di Malaysia. Bagi tujuan tersebut, pendekatan kaedah kualitatif telah digunakan dengan menjalankan temubual mendalam bersama 6 orang pesalah juvana yang menjalani hukuman pemulihan di sebuah pusat pemulihan di Pulau Pinang. Temubual ini memberikan gambaran yang mendalam tentang pengalaman dan perasaan juvana lelaki yang terlibat dalam jenayah seksual. Hasil kajian ini menunjukkan pengaruh rakan sebaya, keadaan keluarga, suka sama suka dan individu itu sendiri menjadi salah satu faktor yang mendorong berlakunya jenayah seksual.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > B1-5802 Philosophy (General)
Divisions: Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (Centre for Research on Women and Gender) > KANITA Postgraduate International Conference on Gender Studies (KPICGS)
Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > KANITA Postgraduate International Conference on Gender Studies (KPICGS)
Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
Date Deposited: 22 Dec 2016 08:25
Last Modified: 09 Mar 2018 01:01
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/31298

Actions (login required)

View Item View Item
Share