Dawilah al-Edrus, Syed Muhammad (2003) Pendidikan awal melayu Pulau Pinang: wacana ketamadunan dan jati diri. In: Kolokium Kebangsaan Melayu Pulau Pinang, 17-18 September 2003, Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia.
|
PDF
Download (1MB) | Preview |
Abstract
Tamadun lahir secara lumrahnya apabila sesautu bangsa mencapai pengungkapan tinggi di dalam pelbagai bidang kehidupan, terutamanya dari aspek tradisi keintelektualan yang terungkai melalui dominasi keagungan ilmu, keluhuran budaya dan ketinggian tamadunnya. Dalam konteks ini, pendidikan merupakan domain yang penting malah penentu kepada ketiga-tiga domain di atas. Ia bertambah penting apabila dilihat dari pespektif kedudukan Alam Me1ayu dan pertembungannya dengan tamadun Timur dan Barat. Faktor keserasian dan keakraban tamadun Melayu dengan tamadun Islam juga telah berupaya menjulang tamadun dan bangsa Melayu ke persada dunia ketamadunan serantau dan antarabangsa. Justeru perjuangan dan perkembangan Islam dan tamadunnya selama 600 tahun di rantau ini begitu sinonim dengan perjuangan dan perkembangan kebudayaan dan tamadun Melayu.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | D History General and Old World > DS Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Divisions: | Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (Library) > Koleksi Malaysiana dan Arkib (Malaysiana and Archive Collections) > Kolokium Kebangsaan Melayu Pulau Pinang Koleksi Bahasa Melayu (Malay Language Collection) > Conference or Workshop Item Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Conference or Workshop Item |
Depositing User: | Mr Erwan Roslan |
Date Deposited: | 22 Dec 2016 08:07 |
Last Modified: | 05 Aug 2022 07:14 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/31291 |
Actions (login required)
View Item |