Baharuddin, Amir Hussin (2003) Pemasalahan Melayu Pulau Pinang. In: Kolokium Kebangsaan Melayu Pulau Pinang, September 17-18, 2003, Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia.
|
PDF
Download (1MB) | Preview |
Abstract
Masalah Melayu Pulau Pinang tidak bebas dari rantau ini, dan sejarah kedatangan Inggeris ke Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1786. lanya bermula dengan kebenaran yang diberikan kepada Inggeris (Francis Light) oleh kerajaan Kedah untuk menyewa dan meneroka Pulau Pinang pada tahun 1800 melalui satu perjanjian diantara Dziauddin Mukaram Shah dengan George Leith (Gabenor Pulau Pinang diwaktu itu): Bermula dengan majoriti Melayu dipulau sehinggalah Melayu menjadi minoriti keseluruhan negeri Pulau Pinang. Masalah-masalah ekonomi yang timbul adalah akibat dari putar belit pihak penjajah Inggeris, kedudukan strategik Pulau ini, kedatangan pendatang elite luar, ketiadaan reseb melayu dan penerusan tradisi sewaan dari negeri Kedah selepas merdeka 1957. Sikap dan perlakuan orang-orang Melayu dari golongan biasa sehinggalah kepada golongan pemimpin yang tidak prihatin terhadap bangsanya sendiri. Keengganan dan sikap sambil lewa yang ditunjukkan oleh pihak yang dipertanggung jawab untuk melaksanakan arahan kerajaan pusat,dan strategi domenasi melaui nilai tanah oleh kerajaan dan agensi negeri, serta ketidaksungguhan yang ditunjukkan untuk mcnjaga kepentingan Melayu dinegeri ini menyebabkan melayu semakin pupus disini (dari majoriti menjadi minoriti). Masalah ekonomi Melayu Pulau Pinang masih mempunyai peluang untuk dipulihkan (masih belum terlewat) walaupun ianya agak berat. Masalah Melayu dapat diselesaikan sekiranya kita semua yakin dan bertanggung jawab,berganding bahu mengembeling tenaga dengan satu tujuan iaitu menjaga minoriti yang ada sekarang dan menjaga imej Malaysia serta identiti negara di negeri yang amat popular (Pulau Pinang) dikalangan pelancong luar dan dalam negara. Dihari ini kita telah berjaya menunjukkan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum tanpa wujud golongan tempang atau terbiar. Penyelesaian boleh dibuat dari sumber tempatan. peringkat pusat dan Masyarakat Melayu tempatan. Adalah lebih baik kita kurangkan bcrcakap dan kuatkan strategi kita secara "silent'. Semakin banyak kita bcrcakap semakin terdedah kepada kcmusnahan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | D History General and Old World > DS Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General) |
Divisions: | Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Conference or Workshop Item Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (Library) > Koleksi Malaysiana dan Arkib (Malaysiana and Archive Collections) > Kolokium Kebangsaan Melayu Pulau Pinang |
Depositing User: | Mr Erwan Roslan |
Date Deposited: | 22 Dec 2016 05:23 |
Last Modified: | 05 Jan 2018 10:12 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/31281 |
Actions (login required)
View Item |