R.B., Radin Firdaus and Chamhuri, Siwar and Abdul Hamid, Jaafar
(2015)
Pasca Krisis Makanan 2008: Implikasi Penggantungan Terhadap Beras Import.
Jurnal Kemanusiaan, 24 (3).
pp. 28-39.
ISSN 1675-1930
Abstract
Krisis makanan 2008 telah merungkai implikasi
dari sudut keselamatan makanan akibat
penggantungan yang tinggi terhadap sumber
makanan import. Kenaikan harga beras yang
mendadak di pasaran dunia pada tahun 2008
dilihat bukan berpunca akibat tekanan faktor
endogen permintaan mahupun penawaran
semata-mata, namun kenaikan tersebut juga
telah didorong oleh penyusutan nilai dollar
Amerika (USD) serta kenaikan harga
mendadak komoditi lain seperti petroleum dan
urea. Untuk itu, kajian ini dijalankan untuk
menganalisis secara empirikal hubungan dan
keanjalan faktor-faktor tersebut terhadap
harga beras di pasaran dunia. Hasil analisis ini
seterusnya membayangkan implikasi yang
perlu dihadapi sekiranya negara terus
meletakkan kebergantungan yang tinggi ke
atas sumber bekalan beras import serta
kepentingan untuk menilai semula sasaran
semasa tahap sara diri (SSL) 70% beras dari
masa ke masa.
Actions (login required)
|
View Item |