Kajian Mengenai Kesepadanan Antropometri Dan Ukuran Kerusi Di Kalangan Murid Sekolah Rendah Tahap Satu (MSRTS) Di Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang

Md Isa, Wahyuni Masyidah (2016) Kajian Mengenai Kesepadanan Antropometri Dan Ukuran Kerusi Di Kalangan Murid Sekolah Rendah Tahap Satu (MSRTS) Di Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (791kB) | Preview

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang kesepadanan antropometri dan ukuran kerusi di kalangan MSRTS di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Prinsip-prinsip ergonomik menjadi penanda ukur bagi mengenal pasti kesepadanan antropometri dengan ukuran kerusi yang disediakan di sekolah rendah. Pendekatan kualitatif digunakan dalam penyelidikan ini bagi mengenalpasti postur duduk yang janggal serta membincangkan faktor dan kesannya terhadap MSRTS semasa menjalani proses pembelajaran di dalam kelas. Pendekatan kuantitatif diaplikasikan bagi menganalisis peratusan tahap kesepadanan antropometri dan ukuran kerusi yang digunakan oleh MSRTS. Hasil kajian menunjukkan bahawa postur duduk yang janggal wujud di kalangan MSRTS ekoran daripada ketidaksepadanan antropometri dan ukuran kerusi sekolah. Kajian mendapati bahawa peratusan ketidaksepadanan antara antropometri MSRTS dan ukuran kerusi yang di sekolah adalah tinggi.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general > NX1-820 Arts in general
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > Thesis
Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
Date Deposited: 23 Aug 2016 04:01
Last Modified: 12 Apr 2019 05:25
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/30394

Actions (login required)

View Item View Item
Share