Penggunaan Serat Asli Dalam Rekabentuk ‘Servicescape’ Kepada Kenderaan Awam

Majid, Ahmad Zuhairi Abdul and Yassin, Hafeezur Rahmaan Mohd (2015) Penggunaan Serat Asli Dalam Rekabentuk ‘Servicescape’ Kepada Kenderaan Awam. In: International Conference on Local Knowledge 2015, 2015, Bandung, Indonesia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (475kB) | Preview

Abstract

Penggunaan serat asli dalam rekabentuk sesuatu produk kurang popular kerana dianggap tidak efisyen untuk pengeluaran skala besar. Kajian ini bertujuan untuk mengaitkan penghasilan produk serat asli dengan servicescape atau produk sokongan dalam perkhidmatan bas transit di Pulau Pinang. Ini tertumpu kepada sebahagian daripada kerusi di dalam bas tersebut. Serat-serat diambil dari batang pokok pisang yang dihancurkan menjadi kertas terlebih dahulu dan daripada itu dibentuk mengikut rekabentuk yang dipilih. Rekabentuk mengambil kira darisegi kekuatan dan saiz berpadanan dengan ruang yang sedia ada. Kerusi ini akan memberi gambaran keunikan bahan tempatan yang asli kepada pengguna perkhidmatan bas. Ini mengurangkan penggantungan kepada bahan plastik yang begitu meluas digunakan. Secara ringkasnya penggunaan bahan serat ini sebagai servicescape akan memberi satu persepsi yang lebih kearah kelestarian.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > Conference or Workshop Item
Zoom Profil Pakar (Expert Profile) > Ahmad Zuhairi Abdul Majid (Arts)
Depositing User: Administrator Automasi
Date Deposited: 16 Mar 2016 03:24
Last Modified: 20 Feb 2020 06:34
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/29932

Actions (login required)

View Item View Item
Share