Repository@USM: Isu, Cabaran dan Kekangan

Wan Jan, Noor Azlinda and Mohamad Shahini, Meor Mohd Arafat and Hashim, Siti Fatimah and Ibrahim, Nor Azan (2015) Repository@USM: Isu, Cabaran dan Kekangan. In: National Conference On Academic Library (NCOAL), 17-18 Mac 2015, MS Garden Hotel, Kuantan, Pahang. (Submitted)

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (924kB) | Preview

Abstract

Proses pendigitalan bahan di Perpustakaan Hamzah Sendut telah bermula pada tahun 1996 dengan memberi fokus kepada kertas peperiksaan dan tesis yang menjadi permintaan utama pelajar pada ketika itu. Bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna, pelbagai usaha dan inisiatif telah dilakukan dalam membuat pendigitalan bahan ini sehingga tertubuhnya repositori institusi dengan menggunakan perisian sumber terbuka eprints pada tahun 2008. Semestinya pelbagai isu, cabaran dan kekangan telah dilalui melibatkan pelbagai aspek terutama sekali dalam hal kewangan dan kemahiran.Dalam pendigitalan bahan, beberapa perkara tidak boleh diabaikan seperti metadata, kandungan, pengaksesan, penyerahan dan pemeliharaan bahan. Aspek-aspek ini perlu diteliti dan dijaga kerana keseluruhan bahan adalah harta bernilai Universiti. Selain itu isu hak cipta dan penguatkuasaan dari pengurusan tertinggi Universiti masih menjadi masalah utama sehingga hari ini. Apabila bahan boleh diakses secara dalam talian, sudah semestinya banyak perkara yang perlu dititik beratkan terutama sekali dalam meletakkan repositori ini pada kedudukan yang baik dalam Ranking Web of World Repositories yang sedikit sebanyak juga memberi kesan kepada kedudukan Universiti secara keseluruhannya dalam Webmotectrics Ranking of World Universities. Walau bagaimana pun, segala isu, cabaran dan kekangan telah membantu repositori institusi Perpustakaan ini menjadi lebih dikenali dan penggunaannya juga semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z719 Libraries (General)
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources > ZA4050 Electronic information resources
Divisions: Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (Library)
Depositing User: Administrator Automasi
Date Deposited: 27 Nov 2015 03:07
Last Modified: 27 Nov 2015 03:13
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/29535

Actions (login required)

View Item View Item
Share