Penterjemahan dalam media audiovisual-televisyen : satu analisis mesej [TR886.7. H356 2004 f rb]

Che Omar, Hasuria (2004) Penterjemahan dalam media audiovisual-televisyen : satu analisis mesej [TR886.7. H356 2004 f rb]. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (140kB) | Preview
[img]
Preview
PDF
Download (192kB) | Preview
[img]
Preview
PDF
Download (83kB) | Preview

Abstract

Tesis ini mengkaji pemindahan bahasa bagi elemen verbal peranti linguistik dalam wacana : kohesi dan koheren dalam dialog program televisyen (TV), pemindahan bahasa elemen parabahasa dan mengenalpasti strategi penghasilan sari kata. Ia juga mengkaji sejauhmanakah output sari kata ini mempengaruhi pemahaman penontonnya? Pendekatan semantik dan komunikatif merupakan elemen utama yang digunakan dalam kajian ini. Kerangka analisis yang digunakan termasuklah teori wacana : peranti linguistik kohesi dan koheren, teori parabahasa, teori audiovisual, teori budaya-media dan teori penterjemahan. Analisis memusatkan kepada sari kata dalam bahasa Malaysia (BM) dan membandingkannya dengan teks sumber dalam bahasa Inggeris (BI). Domain penggunaan bahasa juga turut dianalisis. Sampel kajian ini terdiri daripada 1943 dialog yang diperoleh daripada lima program televisyen yang ditayangkan oleh NTV7 dan TV3. Kajian dibuat dalam dua peringkat. Yang pertama ialah analisis deskriptif bagi elemen verbal leksis dan elemen parabahasa. Kedua-duanya dikaji dari segi kesan mesej yang dihasilkan daripada strategi terjemahan yang digunakan. Dikaji juga sejauhmanakah dan bagaimanakah penterjemahan mempengaruhi kualiti output sari kata? Yang kedua ialah analisis untuk melihat keberkesanan tindakan penterjemahan yang mementingkan audiens sasaran. Soal selidik telah diedarkan kepada seratus sepuluh (110) responden untuk mendapatkan maklum balas tentang penerimaan dan pemahaman mereka terhadap sari kata yang terdapat dalam program televisyen yang dipilih.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: T Technology > TR Photography
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities)
Depositing User: Administrator Automasi
Date Deposited: 11 Sep 2008 04:28
Last Modified: 13 Jul 2013 00:49
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/1978

Actions (login required)

View Item View Item
Share