Haji Salleh, Muhammad
(2005)
Ruang Luas dan Rencam Penyelidikan Sastera Cham.
In: Bengkel Kajian Diaspora Melayu : Masyarakat Melayu Champa di Indochina.
Abstract
Sebuah bangsa yang dinamis biasanya ditunjangi juga oleh sebuah masyarakat yang dinamis. Masyarakat inilah yang mencipta sastera yang melukis perjalanan bangsa itu, tempat permulaannya, kejayaannya dan juga kekalahannya. Dalam garis-garis yang mungkin lebih imaginatif dilukis juga jiwa dan perasaannya menghadapi alam dan cabaran peristiwa serta sejarah (serta kewujudan antarabangsanya) Oleh yang demikian di halaman dan katanya kita akan dapat membaca bukan saja wajah persekitaran, susun-lapis manusianya, tetapi juga jiwa bangsa itu, melalui centa, puisi dan persembahan pentasnya. Semua hasil ini sangat penting untuk kita lihat rangkaian nilainya kehidupan bermasyarakatnya, unggul-unggulannya dan kebangsaannya dan tidak lupa pula kebijaksanaan bangsa itu dalam pemikiran dan teknologinya.
Available Versions of this Item
-
Ruang Luas dan Rencam Penyelidikan Sastera Cham. (deposited 17 Apr 2008 13:43)
[Currently Displayed]
Actions (login required)
|
View Item |