Yahya, Ahmad Nazrul Alif (2025) Bantuan Tunai Kerajaan Persekutuan Berdasarkan Pengagihan Dalam Ekonomi Islam. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
|
PDF
Download (735kB) |
Abstract
Bantuan tunai merujuk kepada salah satu inisiatif oleh kerajaan di Malaysia dalam menangani peningkatan kos sara hidup dalam golongan masyarakat. Bantuan tunai mula diperkenalkan pada tahun 2012 dengan matlamat untuk membantu masyarakat meringankan beban akibat daripada kesan kenaikan kos sara hidup. Kesannya, sehingga kini bantuan tunai telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Seiring dengan perkembangan semasa, bantuan tunai menjadi salah satu perancangan negara semasa pembentangan belanjawan tahunan dan menyediakan peruntukan kewangan dengan jumlah yang tertentu bagi tujuan melaksanakan bantuan tunai ini. Pengagihan bantuan tunai semakin digunakan sebagai mekanisme perlindungan sosial untuk menangani kemiskinan dan isu kesejahteraan untuk kumpulan yang terdedah. Selain itu, sistem permohonan bantuan tunai ini masih tidak dapat diakses oleh masyarakat dalam kumpulan sasaran seperti masyarakat orang asli dan golongan yang di kawasan luar bandar. Namun begitu, pengagihan bantuan tunai hanyalah untuk tempoh yang singkat sahaja dan jumlah perbelanjaan negara untuk melaksanakan bantuan tunai ini menelan kos berbillion ringgit. Persoalannya, adakah pelaksanaan bantuan tunai di Malaysia berdasarkan pengagihan dalam ekonomi Islam? Bagaimanakah pengagihan dalam ekonomi Islam boleh diaplikasikan dalam tunai? Berdasarkan persoalan tersebut, kajian ini akan dilakukan berdasarkan tiga objektif utama. Pertama, mengenal pasti konsep pengagihan ekonomi Islam, Kedua, menganalisis bantuan tunai kerajaan persekutuan tahun 2012-2023 berdasarkan konsep pengagihan dalam ekonomi Islam. Ketiga, merumuskan bantuan tunai kerajaan persekutuan berdasarkan konsep pengagihan ekonomi Islam.
| Item Type: | Thesis (PhD) |
|---|---|
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
| Divisions: | Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV)) > Thesis |
| Depositing User: | Mr Aizat Asmawi Abdul Rahim |
| Date Deposited: | 10 Sep 2026 02:16 |
| Last Modified: | 10 Sep 2026 02:16 |
| URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/64911 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |



