Ooi, Im Hin
(2012)
Ekologi Pembiakan Dan Analisis
Filogenetik Molekul Enam Spesies Keladi Hutan Reofitik (Araceae:
Schismatoglottideae).
Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Enam keladi hutan reofitik dalam Schismatoglottideae, dua dari Semenanjung
Malaysia (Pip to spat ha ridleyi, P perakensis) dan empat dari Borneo (P. elongata,
Ooia grabowskii, Bakoa lucens, Aridarum nicolsonii) telah dipilih sebagai
wakil-wakil kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Pemerhatian lapangan tentang
mekanik seludang, pendebungan, penghasilan buah, penyebaran biji benih dan
penubuhan anak benih takson-takson ini telah dijalan dan dicatatkan. Jujukan dua
rantau DNA kloroplas (/rwL-trnF, w«/K-3’r/7?K) telah dikaji untuk setiap spesies
dengan menggunakan teknik penjujukan DNA. Filogeni takson-takson yang
dibina-semula menunjukkan genus Piptospatha ialah satu kumpulan yang polifiletik.
Melalui hubung filogenetik ini pertalian evolusi takson-takson sudah difahami. Pada
masa yang sama, kajian ini telah menyumbang kepada persempadanan genus
Piptosaptha, menghuraikan genus-genus Bakoa dan Ooia secara tidak langsung.
Actions (login required)
 |
View Item |