Nurdin, Ridwan
(2016)
Kriteria Dan Tahap Kesetiaan Pekerja
Perbankan Islam Di Banda Aceh,
Indonesia.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kesetiaan pekerja merupakan satu pembahasan penting yang menarik minat
banyak ahli sains pengurusan sumber manusia dan perilaku organisasi. Perkara ini
disebabkan selain kerana kesetiaan pekerja akan menguntungkan majikan juga dapat
dimanfaatkan kepada kemajuan dan pembangunan organisasi atau syarikat. Oleh itu
pandangan Islam tentang kesetiaan pekerja Muslim perlu diambil berat, kerana
pandangan lazim dianggap tidak mencukupi dari sisi kerangka kerja falsafah atau
tasawumya. Isu ini boleh diselesaikan melalui konsep kesetiaan pekerja dalam
perspektif Islam (KPI). Kajian ini memiliki tiga objektif, iaitu a) Mengenal pasti
konsep KPI; b) Menganalisis dan membentuk kriteria KPI; dan c) Menilai kesetiaan
pekerja di Institusi Perbankan Islam di Banda Aceh, Indonesia berdasarkan kriteria
KPI. Kajian ini dibahagi kepada dua fasa, iaitu teoretikal dan empirikal.
Actions (login required)
|
View Item |