Pendekatan Baharu Penapis Median Pensuisan Untuk Pengurangan Hingar Impuls Tahap Rendah Pada Imej Digital

Suid, Mohd Helmi (2014) Pendekatan Baharu Penapis Median Pensuisan Untuk Pengurangan Hingar Impuls Tahap Rendah Pada Imej Digital. Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (27MB) | Preview

Abstract

Penggunaan informasi visual berasaskan imej digital telah mendapat perhatian yang begitu meluas kerana ciri-cirinya yang fleksibel dan mudah untuk dimanipulasi. Namun, imej digital yang menjadi input asas kepada sesuatu sistem aplikasi sering dicemari oleh hingar. Antara jenis hingar yang lazimnya terdapat pada imej digital ialah hingar impuls. Oleh itu, dua jenis penapis baharu berasaskan skim pensuisan untuk penyingkiran hingar impuls pada imej digital telah diperkenalkan. Kedua-dua penapis ini yang dinamakan sebagai penapis Median Pensuisan Statistik Dwigelongsor (Dual Sliding Statistics Swi/ching Median filter (MPSDG)) dan penapis Median Pensuisan Hibrid Mahir (Adroit Hybrid Swi/ching Median filter (MPHM) adalah penapis dua-peringkat yang terbahagi kepada peringkat pengesanan hingar serta penapisan hingar. Dalam kaedah MPSDG, pengesanan hingar dilaksanakan terlebih dahulu dengan memproses statistik tetingkap pengesan setempat dalam susunan teratur dan tidak teratur secara serentak. Kemudian, median perbezaan mutlak yang diperolehi daripada statistik kedua-dua tetingkap akan digunakan bagi mengklasifikasikan piksel hingar yang wujud.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering > TK1-9971 Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 10 Jul 2024 01:27
Last Modified: 10 Jul 2024 01:27
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/60806

Actions (login required)

View Item View Item
Share