Intervensi Rational Emotive Behavior Therapy Bagi Pengurangan Stres Dan Penguatan Strategi Daya Tindak Dalam Kalangan Ibu Bapa Kanak-Kanak Penghidap Leukemia

Zin, Muhammad Syamsul Mat (2023) Intervensi Rational Emotive Behavior Therapy Bagi Pengurangan Stres Dan Penguatan Strategi Daya Tindak Dalam Kalangan Ibu Bapa Kanak-Kanak Penghidap Leukemia. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (817kB) | Preview

Abstract

Leukemia merupakan kanser yang mencatatkan peningkatan kes saban tahun dikalangan kanak-kanak di Malaysia. Kanak-kanak yang disahkan mengidap leukemia telah memberi kesan terhadap aspek psikolgikal ibu bapa. Walaupun masalah ini telah dibuktikan secara empirikal terhadap aspek psikologi yang dialami oleh ibu bapa, namun tiada satu kajian intervensi khusus pernah dijalankan untuk mengatasi masalah ini. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk menutup lompang kajian terdahulu bagi mengatasi masalah psikologi dan penggunaan strategi daya tindak dikalangan ibu bapa kanak-kanak penghidap leukemia yang dikenali sebagai Intervensi PERKASA. Kajian ini menggunapakai rekabentuk Ujian Kawalan Secara Rawak (Randomize Controlled Trial) terhadap ibu bapa kanak-kanak penghidap leukemia yang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM UKM). Intervensi ini telah menguji empat pembolehubah iaitu, stres, kebimbangan, depresi, dan strategi daya tindak ibu bapa kanak-kanak penghidap leukemia. Untuk tujuan pelaksanaan intervensi, satu modul baharu telah dibangunkan dikenali sebagai Modul PERKASA. Modul ini mengandungi empat sesi dan berdurasi 60 minit setiap sesi. Sejumlah 30 orang ibu bapa diletakkan di dalam Kumpulan Eksperimental (KX) manakala 30 orang lagi ditempatkan di dalam Kumpulan Kawalan (KK) secara rawak. Kesemua peserta telah menandatangani Borang Persetujuan Menyertai Kajian sebelum intervensi dimulakan.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 25 Mar 2024 07:07
Last Modified: 25 Mar 2024 07:07
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/60271

Actions (login required)

View Item View Item
Share