Sharuddin, Noor Husna
(2023)
Reka Bentuk, Pembangunan Dan Penilaian Pengalaman M-Pembelajaran Terhadap Penerimaan Dan Penggunaan “Pot@Kpdn” Dalam Kalangan Pegawai Penguatkuasa.
PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Pembelajaran secara mudah alih dalam pendidikan telah membawa perubahan besar
kepada pembelajaran secara bersemuka. Pembelajaran mudah alih juga dikenali sebagai MPembelajaran
kini dilihat berpotensi untuk menyokong pembelajaran yang lebih fleksibel
kerana menyokong pembelajaran secara formal dan tidak formal. Namun begitu, MPembelajaran
dalam sektor pekerjaan merupakan suatu medium baharu pembelajaran yang
masih kurang dipraktikkan. Ini disebabkan oleh kurangnya pendedahan kepada pengguna
berkaitan dengan M-Pembelajaran. Kajian bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang akan
mempengaruhi penerimaan dan penggunaan dalam POT@KPDN sebagai salah satu
medium pembelajaran. POT@KPDN boleh diakses melalui pelbagai jenis peranti yang
juga dikenali sebagai aplikasi native. Antara aktiviti yang terdapat dalam aplikasi ini adalah
modul latihan, animasi video pembentangan, gambar pemeriksaan, kuiz, latihan beserta
gred markah dan nota online serta offline. Kajian ini berpandukan gabungan dua teori iaitu
Teori Bersepadu Penerimaan dan Penggunaan Teknologi (UTAUT2) dengan melibatkan
tujuh konstruk iaitu jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, keadaan memudah,
motivasi hedonik dan nilai harga. Manakala, satu lagi konstruk baharu yang telah
dikembangkan melalui Teori Tingkah Laku Terancang (TPB) dengan konstruk
kepercayaan.
Actions (login required)
|
View Item |