Penghasilan Komposit Poliuretana-Kenaf Menggunakan Pengacuanan Tidak Balas Suntikan

Abu Bakar, Azizah (2012) Penghasilan Komposit Poliuretana-Kenaf Menggunakan Pengacuanan Tidak Balas Suntikan. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (35MB) | Preview

Abstract

Dalam kajian ini, komposit poliuretana (PU) telah dihasilkan dengan menggunakan difenilmetana diisosianat (MDI) dan gliserol yang diperkuat dengan gentian kenaf. Poliuretana dihasilkan dengan menggunakan mesin pengacuanan suntikan tindak balas (RIM) mengikut formulasi yang tertentu. Manakala tikar gentian kenaf dihasilkan menggunakan mesin penyisirkasaran dan penumbuk-jejarum. Kesan-kesan nisbah isosianat dengan hidroksil NCO/OH dan peratusan berat gentian kenaf terhadap komposit PU diperkuat gentian telah dikaji. Berdasarkan pemerhatian, didapati sifat komposit PU yang dihasilkan dipengaruhi oleh peratusan gentian kenaf dan juga nisbah NCO/OH yang digunakan dengan ketara. Kesan proses penumbukan-jejarum ke atas tikar gentian kenaf yang dihasilkan juga memberikan kesan terhadap komposit PU. Daripada analisis pengimejan SEM, didapati rangkaian telah terbentuk di antara matriks PU dan gentian kenaf. Selain itu, fenomena mengunci di antara matriks PU dan gentian kenaf juga dapat diperhatikan, iaitu penyerapan matriks ke dalam kapilari gentian kenaf.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T1-995 Technology(General)
Divisions: Pusat Pengajian Teknologi Industri (School of Industrial Technology) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 05 Oct 2023 04:08
Last Modified: 05 Oct 2023 04:08
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/59455

Actions (login required)

View Item View Item
Share